Tuesday, June 11, 2013

kata.bisa.hingga.sengal.jiwa

bertitik tolak kata-kata itu
meluncur deras pada tulisan biasa
namun menyentap naluri jiwa

jiwa yang dahagakan kebaikan
jiwa yang berperang dengan emosi 
jiwa berkecamuk
dengan karat-karat jahiliyyah masih menebal

futur
Allah.Allah.Allah

"sayang.takkan la kita yang berjasad ni nak kalah dengan dia yang tak berjasad?"
-sahabat-

sentap.nangis

"jadilah muslimah yang Rasulullah s.a.w bangga. yang Rasulullah s.a.w akan tersenyum lebor apabila melihat kita" 
-adikoweyo-

sentap.mata makin masuk habuk.mahu pitam

aku tidak pernah menyertai gerabak itu
meski.jauh di sudut hati
aku teringin benar

"ilmu aku tak cukup lagi"

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..
-Imam Hasan Al-Basri-


"Allahu Allah.akhlakku.bimbang membawa fitnah kepada para daie"

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang"

"aku ini gila-gila.mengarot sahaja kerjanya.layakkah?"
Oh ya, perangai gila-gila merupakan satu aset yang hebat. Saya kenal ramai ikhwah yang gila-gila, dan DF dia melampau-lampau hebat, mashaAllah!                                                                                                -AfiqSazlan-

hakikatnya aku punya jawapan bagi setiap persoalan
yet
aku masih berlengah-lengah
bertangguh-tangguh
"dik.anda sudah berada dalam gerabak ini.imbas kembali apa tujuan kita diciptakan? untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini kan?"                                                                        -adindaterchentafillah-

moga Allah reda
langkah kaki ini
demi menggapai mardhatillah.insyaAllah

Saturday, May 18, 2013

pilihan ALLAH untukku

dipetik 100% daripada blog ukhti insyirah (niqobgirl.blogspot.com)
jazakillahu khairan kathira ya ukhti :))

moga bertemu ibrah terbaik

akan kujadikan pedoman buat terus mengejar cinta Ilahi
no worries.be happy ili wardah!  ^___________^
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamu'alaikum dan salam kasih sayang.


Bagi MENJAGA hati penulis asal dan para pembaca, maka sedikit editing dilakukan. Semoga ianya bermanfaat bagi pembaca. Semoga tulisan dibawah ini tidak membuatkan penulis asal riyak dan para pembaca merasa iri hati. Bacalah, ambillah 'ibrah dan tinggalkan setiap yang tidak membawa manfaat.

....................

Akhir-akhir ini saya merasa senang melihat kebanjiran nama indah, ruang pena bergelar mawar berduri dan seumpama dengannya. Saya melihat dari sisi positif, setiap orang mahu berusaha ke arah kebaikan. Semoga cerita saya dapat dijadikan satu perkongsian buat kalian.

Saya juga dahulu seorang remaja, jiwa yang selalu ingin merasa dikasihi dan disayangi. Tetapi, saya selalu diingatkan oleh tarbiyyah keluarga untuk selalu menepis perasaan yang singgah. Bukan tidak meraikan naluri yang hadir, cuma menyimpan seketika sebelum tiba waktunya. Melihat ada dikalangan rakan-rakan yang mula bercinta, berdating dan meninggalkan fokus utama sebagai pelajar membuatkan saya mula meletakkan tanda arasbagi diri saya supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan budaya couple.

Saya juga dahulu seorang remaja, banyak perkara yang menjadi gejolak hati membuatkan saya perlu berusaha untuk mencari jalan keluar dari masalah ini. Saya bukanlah dikategorikan sebagai perempuan yang cantik, namun setiap perempuan itu ada kelebihannya yang tersendiri. Semasa mengadakan discussion group atau dikenali sebagai study group, saya tergamam apabila sahabat lelaki saya meluahkan rasanya. Saya tidak mengenali ramai lelaki dan saya hanya berkawan dengan lelaki yang saya temui secara tidak sengaja, (seperti rakan sekelas) tetapi persahabatan itu tetap mempunyai garisan pemisah.

"Awak ada ciri-ciri yang saya nak jadikan isteri."

Dalam keadaan yang masih dihambat kesibukan sebagai pelajar, saya disentak persoalan sebegitu. Kalau sebelum ini, menerima kiriman surat dari secret admire, menerima kiriman salam dari para ikhwah, saya tidak mengendahkannya. Walau di hati bimbang perasaan ini akan melonjakkan lompatan syaitan atas kegirangan menundukkan hamba Allah, hati saya terus meruntun hiba dalam solat. Saya berusaha untuk menghilangkan setiap rasa yang mampir dengan segera solat tahajud dan taubat.

Sehingga berusia 17 tahun, akhirnya saya diajar oleh seorang akhawat yang selalu bersimpati dengan keadaan saya yang katanya seperti manisan yang dihurung semut. Disaat saya menangis dan meluahkan perasaan, akhawat tersebut tidak pernah lupa untuk mengingatkan bahawa setiap yang hadir hanyalah ujian bagi menguji kesungguhancinta saya pada Allah. Saya redha, walaupun terus menangis hiba. Hanya Allah yang mengetahui.

Saya bimbang dan khuatir, kerana sabda Rasulullah bahawa tiada yang lebih besar dari fitnah wanita. Maka, saya selalu dihantui menjadi fitnah kepada ar-rijal walaupun saya tidak berkawan rapat dengan lelaki. Maka, sedari usia 17 tahun saya berusaha untuk istiqamah melantunkan bait-bait doa dan pengharapan semoga Allah menutup jalan-jalan fitnah kepada saya.

Akhawat yang simpati itu mengajar saya untuk melafazkan doa;

"Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi."

Dimana pengertian doa ini, Ya Allah kurniakan kepada ku cinta Mu, dan kurniakanlah kepada ku cinta insan yang mencintai diri Mu, dan jadikanlah cinta Mu pada ku lebih aku sukai dari air sejuk. Wallahua'lam.

Saya akur, saya selalu mengikrar pada diri untuk terus berdoa dan berharap. Sehinggalah suatu hari jalan 'jodoh' diberikan kepada saya. Saya solat istikharah dan merasa mungkin dialah jodoh saya, namun di sebalik semua itu ada pelbagai mehnah yang mengiringi sehingga hati saya berbolak balik apakah hikmah di setiap perkara tersebut. Tidak terjawab setiap persoalan yang menghantui saya, sehingga akhirnya saya meminta supaya Allah memberi jalan untuk saya, tunjukkan kekurangannya, singkapkan kekurangannya agar saya mampu untuk berkata TIDAK.

Akhirnya, satu per satu kekurangannya diperlihatkan. Saya tidak berkata dia tidak layak untuk saya yang serba kekurangan tetapi saya meletakkan harga yang sungguh mahal untuk menawarkan cinta kepada mana-mana lelaki. Saya bukanlah gadis solehah, tetapi saya mengharapkan agar saya diberikan kekuatan untuk mengikut langkah seperti srikandi agung yang harga cinta mereka adalah Allah.

Saya tidak sekuat srikandi pejuang agama namun rantaian perjuangan mereka yang saya susuri melalui kitab sirah sangat mengagumkan. Saya terus berdoa dan berdoa kepada Allah, tiada henti sehingga adakalanya saya seperti anak kecil yang berhajatkan sesuatu yang terlalu besar.

Saya pernah ditanya ramai orang, apakah ciri-ciri lelaki yang saya mahu jadikan sebagai suami. Saya tidak menyambut soalan itu dengan jawapan sebaliknya saya membuat muhasabah diri. Bukankah lebih baik saya memberi fokus untuk menjadi anak yang solehah, seterusnya berusaha untuk menjadi isteri solehah yang akan mendidik anak-anak sebagai ibu yang solehah. Saya meletakkan soalan mereka kepada saya, apakah saya layak dan mampu mendidik diri saya menjadi solehah?

Apakah kini ibubapa saya telah mendapat anak solehah?
Apakah suami saya kelak akan mendapat isteri solehah?
Apakah anak-anak saya kelak akan mendapat ibu solehah?

Saya berbesar hati dan berterima kasih pada setiap yang pernah bertanya kesudian diri ini menjadi sayap kiri pada perjuangan mereka. Namun, satu yang tidak mereka beratkan ialah ibubapa saya. Telah saya ikrarkan bahawa cinta saya harganya sangat mahal, untuk Allah.

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa"

Saya mahu mendapat keredhaan ibubapa yang selama ini memberikan kasih sayang secara eksklusif, mahal dan tiada setara dengannya. Makhluk Allah yang begitu saya muliakan selain Rasulullah. Mereka hampir dengan hati yang mahu membeli hati saya tanpa dahulumembeli hati kedua ibubapa saya, itu kesalahan terbesar mereka di mata saya.

Saya penat bersoal jawab dengan rakan, taulan, kenalan dari pelbagai latar belakang sehingga akhirnya saya meminta keizinan dari kedua ibubapa saya untuk menyarung cincin di jari saya. Bukan untuk mengaburi mata insan lain tetapi untuk mencari helah dari terus-terusan diberi pelawaan untuk menuju gerbang rumahtangga. Ibubapa saya memberi keizinan tersebut, dan saya aman seketika. Pada setiap yang hampir, saya hanya tersenyum dan menunjukkan jari manis saya yang sudah tersarung sebentuk cincin.

Saya tidak menipu tetapi saya membuat helah. Walaupun ada dikalangan sahabiah marah dengan tindakan saya, ada juga dikalangan keluarga yang tidak menyetujui tindakan saya yang seakan-akan 'declair' bahawa sudah ada yang mengisi kekosongan 'tersebut' namun saya pujuk juga hati yang terluka dengan mengatakan, ia dengan izin ibubapa yang lebih memahami hati anak gadis mereka.

"Kalau dah pakai cincin di jari manis, nanti bertunang dan menikah nak sarung di jari mana lagi?

"Nanti orang nak 'tanya' pun tak berani, dah pakai cincin awal-awal."

Saya telan kata-kata itu, adakala saya meluahkan segugus perasaan pada ibubapa tetapi mereka tenang sahaja. Dan saya tidak akan melupakan kata-kata bapa saya.

"Hanya yang berani untuk bersua dengan keluarga untuk bertanya 'status sebenar' sahaja akan mengetahui, dan dialah yang paling bersungguh."

Akhirnya, sehingga itu saya menutup kamus tentang jodoh kerana saya aman dengan janji Allah, saya merasa tenang dengan kata-kata bapa sebagai wali mujbir mengatakan bahawa hanya yang BERANI dan BERSUNGGUH sahaja mampu untuk tahu perkara sebenar. Saya biarkan sahaja persoalan jodoh.

Di saat sahahiah lain bercerita mengenai status isteri solehah, saya tidak menceburkan diri kerana saya sedang bermujahadah untuk mendapatkan status anak solehah.

Pelik bukan, kita selalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang jauh dari kita tetapi kita tidak memanfaatkan apa yang hampir dengan kita. Sebagai anak gadis, apakah lebih manis apabila kita memberi seluruh usaha solehah untuk menjadi anak solehah kerana seorang anak yang tolehah tidak akan mampu dengan lafaz ijab dan qabul terus berubah menjadi isteri solehah, ianya perlu pada lentur nafsu dan ego.

Apabila ibubapa meredhai diri kita, insya Allah kelak suami juga akan mudah untuk meredhai kita kerana kita sudah berusaha untuk menjadi anak solehah, kemudian meletakkan diri di tempat berbeza, usahanya masih menggunakan aras yang sama iaitu menjadi solehah. Kalau kita tidak mampu menjaga hati dan perasaan ibubapa, adakah kita mudah untuk melentur diri untuk memuaskan hati dan perasaan seorang suami?

Saya menghilangkan diri di tengah kesibukan sahabiah lain yang sedang menyiapkan diri untuk menuju gerbang rumahtangga. Saya menyorok dari setiap lenturan emosi dan akhirnya saya hanya punya satu kekuatan iaitu menanam yakin pada Allah.

Siapa saja jodoh saya bukan pilihan saya, bukan juga pilihan ibubapa saya tetapi pilihan Allah untuk saya.

Dan harga cinta saya terlalu mahal, untuk Allah. Bagi membeli hati saya, dia haruslah terlebih dahulu membeli hati ibubapa saya kerana saya masih mempunyai ibubapa yang berkuasa mutlak atas diri saya. Mereka berhak ke atas setiap perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia juga akhirat saya.

Dalam kesibukan menghilangkan diri di tengah hiruk pikuk keadaan, saya diberitahu oleh bapa saya tentang lamaran seseorang. Saya cuba menenangkan diri, mencari tahu siapa orang yang BERANI dan BERSUNGGUH tersebut. Bapa saya menjadi orang yang paling mendamaikan, ibu pula bertindak menjadi penasihat. Akhirnya, telah Allah beritakan bahawa yang paling BERANI dan BERSUNGGUH itu ialah orang yang telah membeli hati ibubapa saya. Bukan membeli hati saya seperti sebelum ini.

Saya katakan kepada ibubapa, mereka telah membeli hati ibu dan bapa saya tanpa membeli hati saya tetapi saya akan menghadiahkan cebisan hati saya untuknya. Dia tidak berjual beli dengan saya tetapi dia berjual beli dengan Allah, kerana saya telah katakan seperti awal tadi, cinta saya untuk Allah. Dan sebagai pembeli budiman yang membeli cinta Allah, saya menghadiahkan kalungan penghargaan untuknya dengan memberikan cebisan hati saya untuknya tidak lain atas kerelaan dan keredhaan ibubapa yang mengharapkan bahawa dia adalah pilihan Allah untuk saya.

Pada si mawar yang berusaha untuk menjadi mawar berduri, pesan saya bersungguhlah membenteng diri walau ada ketika dan masa ada kumbang yang cuba menyentuh duri yang memagari dirimu, bukan mereka tak tahu tajamnya sakit tusukan durimu tetapi mereka rasakan bahawa itu adalah usaha. Pesan saya, teruslah memagari diri dan jangan biarkan sehingga kumbang-kumbang itu membuatkan jasadmu terluka dengan usikan-usikan liar.

Ada kumbang yang sekadar memberi salam dan berlalu.
Ada kumbang yang singgah bertanya kesudian mawar indah.
Ada kumbang yang mahu menguji sejauh mana tajamnya durimu.

Anggaplah setiap yang hampir adalah UJIAN untuk lebih bersama dengan Allah, supaya lebih akrab dengan Allah. Yakinlah, Allah sentiasa ada untuk mendengar suara hati kita. Bahagialah atas ujian Nya kerana janji Allah, setiap kesulitan akan diiringi dengan kemudahan.

Saya minta sedikit, tetapi Allah berikan kepada saya jauh lebih besar dari apa yang saya pohon. Satu saja yang ingin saya katakan, cintakan Allah tiada kecewa.

Sunday, June 10, 2012

TAARUF



"Di Islam kami tidak mengenal pacaran, biasanya kami melakukan ta’aruf." - Fahri dari filem Ayat-ayat Cinta.

Proses " ta’aruf " merupakan suatu proses awal menuju proses selanjutnya, yaitu khitbah dan akhirnya sebuah pernikahan.

Ya rijal (lelaki), pikirkanlah baik-baik, matang-matang, dan masak-masak sebelum menawarkan sebuah jalinan bernama ta’aruf. Jangan mudah melontarkannya jika tak ada komitmen dan kesungguhan untuk meneruskannya.

Mengertilah keadaan nisa' (perempuan). Kamu semua tahu, bahwa sifat kaum hawa itu lebih sensitif. Mereka mudah sekali terbawa perasaan. Disedari atau tidak, diakui atau tidak, nisa' ini adalah makhluk yang sangat mudah sekali perasan, suka disanjung, suka diberi pujian apalagi diberi perhatian lebih.


Jadi saat kata ta’aruf atau mungkin khitbah itu keluar dari lisan seorang lelaki baik dan solih seperti kamu semua, tak ada alasan bagi an-nisa' untuk menolak. Kerana jika mereka menolak tanpa alasan yang jelas, maka hanya fitnah yang ada.

Jadi, tolong tanyakan lagi pada diri kamu, apakah kata-kata itu memang keluar dari lubuk hati kamu (ikhlas)?

Apakah kamu sudah memohon petunjuk kepada yang Maha Menguasai Hati?

Apa kamu benar-benar siap (ilmu, iman, mental, fisik, materi, dll) untuk menjalin ikatan suci bernama pernikahan?

Sekali lagi, berhati-hatilah dengan kata ta’aruf. Kerana ta’aruf adalah gerbang menuju pernikahan.


p/s : Bicara dari hati seorang nisa'.


#kopipasta from page Cinta Allah Cinta Abadi@fb

Friday, November 25, 2011

Perhiasan Dunia


Lembut,bisa menggoyah
Sopan,bisa menangkap perhatian
Ayu,bisa mendebarkan
Namun hati kecil ini
Berdoa dijauhkan seperti itu

Biarlah kehadiran diri ini disenangi
Membawa ketenangan hati yang goyah
Memandang diri ini menyejukkan mata
Bergetar hatimu mengingati Allah


Hati yang rapuh
Namun tidak terjangka kekuatan di sebaliknya
Jiwa yang sensitif
Tanda sempurna kewanitaan dan keibuan

Wahai muslimah
Mari menjadi sebaik perhiasan dunia
Bukannya perosak iman Adam

Ayuh berusaha merealisasikan impian

Penyejuk mata untuk ibu bapa
Sahabat yang baik buat rakan-rakan
Isteri solehah buat zauj
Membawa langkah kepada jawatan impian
Ketua bidadari syurga
Menggapai mardhatillah

Monday, November 21, 2011

saya lebih cintakan Dia



Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
>> Sebab saya tidak RELA jika saya hilang cinta Allah..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..

Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..

Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..

Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
>> Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..

Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..

Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
>> Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah

cukuplah sekali,cukuplah hanya awak yang pernah bertakhta di hati
akan saya simpan takhta ini kepada zauji yang bakal memunculkan diri
bukan kepada lain-lain ajnabi sebelum zauji


credit: jannati baiti/FB

Tuesday, November 8, 2011

Malaikat Kecil



“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Tuesday, October 11, 2011

Awak,kita ini bercintakah?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?




Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan..