Friday, December 31, 2010

: mataku gembira :

assalamualaikum w.b.t
bersua lagi dalam entri seterusnya
baru je semalam post entri baru.hihi
tetapi tetiba ilham datang utk mencoret satu sisi hidup ili

post kali ni ili nak bercakap hal MATAKU GEMBIRA
kejap2...
agak2nya apa maksud tajuk MATAKU GEMBIRA di atas ye?
haaaaa.sape dapat teka ili bagi gula2 sebijik  ^______^

ili teruskan pengisian entri
dalam bahasa Arab
mataku adalah AINI
manakala gembira adalah FARAH

mataku gembira merupakan sahabat2 ili yang paling rapat
ada dua MATAKU dan dua GEMBIRA

mataku yang pertama NUUR AINI 
merupakan sahabat ili sejak darjah 1
Alhamdulillah,setelah 13 tahun
persahabatan kami kekal sampai sekarang  :)
kami satu sekolah sejak darjah 1 sampai ke tingkatan 5
namun sekarang kami terpaksa berpisah
ili di pahang manakala aini di Gombak
ili reda 
kerana kami bertemu kerana Allah
kami juga berpisah kerana Allah,insyaAllah :)

mataku yang kedua NURUL AINI 
merupakan sahabat ili di tempat ana belajar sekarang
sahabat paling baik di sana
merangkap 'klasmate' dan 'rumate' ili
aini kedua ni berasal dari kelate
Alhamdulillah,ili sangat bersyukur dipertemukan dgan aini
kerana
bagi ili bila sahaja kaki melangkat ke alam IPT
sgt susah untuk mencari sahabat yg sanggup bersama kita
waktu susah dan senang 
tapi Allah temukan ili dgn aini.. segala puji bagiNya

beralih kepada gembira pula

gembira yang pertama RUS FARAH IZZATY
kami saling mengenali sewaktu tingkatan 2
Alhamdulillah,ili bersyukur juga akan kehadiran sahabat yang seorang ini
antara sahabat yang kuat menyokong ili dari belakang
utk terus menjadi lebih baik
jarak antara pahang dan negeri sembilan
langsung tidak memudarkan persahabatan kami
bertemu dan berpisah kerana Allah,insyaAllah

dan gembira yang kedua NUR FARHANI
rakan ili sejak sekolah rendah juga
kami belajar di bawah institusi yang sama 
tetapi 
berlainan tempat
farah di Kuala Lumpur manakala ili di Kuala Lipis
dan berlainan kos
farah mengambil TeSL mnakala ili B.Melayu

takdirNya ili mendapat dua mataku dan dua gembira
ALHAMDULILLAH
kepada NUUR AINI,NURUL AINI,RUS FARAH IZZATY dan NUR FARHANI
semoga persahabatan kita diredaiNya
disimbah dengan kasih sayangNya
serta mendapat naungan rahmatNya


uhibbukum lillah ila jannah!! 
ukhuwah fillah abdan abada.....  
^_________^

Kuatkah daku andai tiang itu masih rapuh??


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost that your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah...
Telefon bimbitku berulang-ulang kali mendendangkan lagu InshaAllah nyanyian penyanyi arab terkenal, Maher zain. Oleh kerana lagunya sangat menenangkan serta menyentuh kalbu,aku menjadikannya sebagai nada dering untuk jam locengku di telefon bimbit.Tanganku pantas meraba ke bawah bantal mencari telefon bimbitku.”Hah,dapat pun!” Dengan bersusah payah aku membuka mata dan...
Astaghfirullahalazim! 6.07 pagi?
Aku kesiangan lagi pagi ini dan yang paling menyedihkan solat subuhku ‘gajah’ lagi.Mungkin bukan gajah tetapi ‘dinosaur’ layaknya kerana kini subuh di Mesir masuk waktu seawal sekitar 4.15 pagi.Masuk pagi ini sudah tiga kali berturut-turut aku terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh.
Lantas aku beristighfar lagi sambil melompat dari atas katil. Langkahku dipercepat.Tiang agamaku tidak mungkin kubiarkan terus rapuh. Biar sudah terlambat, solat harus dikerjakan dan keampunan harus kupinta daripada Yang Maha Pengampun.
Matahari semakin terik. Peluh cepat sahaja bertelur di dahiku. Mujur kelas selama enam jam berturut-turut sudah pun tamat, alhamdulilah. Namun ada sesuatu yang kukesali. Walaupun si pensyarah hebat dalam menerangkan ilmu-ilmu medik kepada kami, nampaknya aku gagal memahaminya dengan baik.
Aku tidak dapat fokus sedang teman-teman yang lain tersenyum lebar sambil memuji-muji kehebatan si pensyarah tadi menghurai tajuk pelajaran pada hari ini. Muhasabahku mengingatkan aku kepada solat subuh yang terlewat pagi tadi. Mungkin inilah akibatnya apabila solat subuh yang merupakan permulaan hari pun tidak dikerjakan pada waktunya. Bibirku melafazkan istighfar lagi.
Setibanya aku di asrama MARA, aku terus mengajak ahli baitku mengerjakan solat asar berjemaah. Kali ini solatku lebih khusyuk seolah-olah ingin berlama-lama ‘menghadap’ Dia demi memohon keampunan dari setiap penjuru khilaf yang telah ku perbuat. Usai solat, wirid yang aku imami sengaja aku panjangkan dek kerana perasaan rasa bersalahku padaNya masih berbaki.
Satu jam lagi Madrasah al-Razi akan bermula. Hendak mengulangkaji pada waktu petang-petang sebegini selalunya apa-apa yang dibaca susah sedikit mahu difahami, tambahan pula memang aku sudah terbiasa belajar selepas solat maghrib. Untuk mengisi masa lapang ,ku buka komputer ribaku untuk menyemak emel. Tiba-tiba ‘offline message’ dari Kak Mardhiah,mahasiswi usuluddin Universiti Al-Azhar muncul di skrin.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan:
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Aku terkedu. Mesej yang diterima betul-betul terkena di batang hidungku sendiri. Tidak dapat kubayangkan betapa seksa dan dahsyatnya azab Allah SWT. Air panas yang terkena ditanganku semasa membancuh teh pagi tadi pun sudah cukup membuatku terjerit, apatah lagi azab Allah yang maha pedih.
”Nauzubillah min zalik”, ucapku dalam hati.
Sememangnya pagi tadi aku bukan sengaja melewatkan solat subuhku.Aku cuma terlewat bangun kerana kepenatan belajar sehingga terbawa-bawa ke dalam lena yang panjang. Namun perasaan bersalah terasa kuat sehingga diri terasa hina. Ah,lama sungguh aku melayan perasaan. Madrasah al-Razi bakal bermula sebentar sahaja lagi.
Tingkat 3 bangunan MARA Iskandariah sudah dibanjiri dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi. Seperti biasa,bilangan akhawat melebihi bilangan ikhwah yang hadir. Tidak lama kemudian,Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai ‘Akhi Salman' di alam maya tiba diiringi beberapa orang ikhwah.
Syukur pada Allah kerana dengan adanya insan yang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmu seperti Ustaz Salman, kami mendapat pelbagai ilmu yang sudah semestinya tidak mungkin diperolehi di Fakulti Perubatan. Meskipun sistem pembelajaran tampak menarik diselang-selikan pula dengan lawak-lawak ustaz yang pastinya mengundang tawa, tumpuanku agak terganggu dengan kehadiran ikhwah yang seorang ini.
Petang ini, dia kelihatan bersahaja memakai baju melayu berwarna biru laut, warna kesukaanku. Tambahan pula, dia memilih untuk duduk betul-betul sebaris denganku. Ah,Allah memang sengaja ingin menguji keimananku. Pandanganku asyik tertumpu ke arah pemuda itu. Entah mengapa hatiku berkenan sungguh padanya. Mungkin kerana akhlaknya yang baik, ditambah pula dengan sikapnya yang peramah serta berkepimpinan. Tetapi dia tidak pernah mengetahui bahawa aku mengaguminya dalam diam. Cuma terdaya memandangnya dari jauh.
Lamunanku terhenti apabila ustaz menyentuh bab hati. Tumpuanku bertambah semula. Ada kata-kata ustaz yang merenggut ketenangan di hatiku. Kata ustaz, semasa solat kita hendaklah khusyuk kerana apabila kita teringat perihal dunia sedang bibir memuji kebesaranNya, Allah akan berkata dengan nada yang sedih:
”Yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?”.
Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk, Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga, Allah tidak akan bertanya lagi. Jika Allah sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima?
Aku terus tersentak. Kelas Madrasah al-Razi kali ini betul-betul memberi impak besar pada diriku. Dadaku terasa bagai dihempap. Sedih, terkilan, menyesal, semuanya menjadi satu. Seisi kelas terdiam seribu bahasa bagai bermuhasabah sendiri pada waktu itu juga.Ya Allah,orang yang melaksanakan solat, tiang agamaMu pun ada cacat celanya apatah lagi orang yang menunaikan solat tetapi di hujung-hujung waktu sepertiku ini. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.
Kali ini mataku tidak terarah ke arah sang pemuda itu lagi. ”Maksiat mata!”, bentak hatiku. Aku bertekad,perasaan ini tidak harus dilayan dan solat selepas ini akan kukerjakan dengan sebaiknya walau terpaksa berperang dengan diri sendiri melawan kemalasan serta hasutan syaitan. Ya! Aku harus kuat untuk menjadi muslim yang sejati. Biar Islam pada diriku bukan sekadar tertulis hanya pada nama, tetapi biar terzahir pada hati, lafaz serta perbuatanku.
Allahuakbar,Allahuakbar....
Azan sudah pun berkumandang. Alhamdulilah, pada kali ini aku berjaya menunaikan solat Subuh pada awal waktu. Aku berasa sangat sehingga di kelas pun aku masih tersenyum. Pada sujud terakhir, ada air mata keluar berlinangan dari kelopak mataku. Alangkah indahnya jika kita sentiasa hidup dalam keimanan. Alhamdulilah...


credit to: iluvislam.com

: SAHABAT :

assalamualaikum w.b.t
bersua kembali dalam entri kedua ana.Alhamdulillah
masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T utk bernafas lagi di dunia ini
juga syukur atas nikmat iman dan Islam

entri kali ini bertajuk SAHABAT
hurm.ada apa dengan perkataan sahabat?
kenapa tidak kawan? rakan? teman? saing? 

bagi ana sendiri seorang sahabat lebih berharga daripada 1000 org rakan
kenapa??
salah satu sebabnya adalah
Rasulullah s.a.w sendiri menggelarkan mereka2 yg pernah melihat baginda sbg SAHABAT
menunjukkan betapa SAHABAT2 baginda bertuah kerana sempat melihat baginda
manakala orang2 beriman yang tidak sempat melihat baginda
digelar SAUDARA


satu hadis Rasulullah s.a.w ttg sahabat yg baik : 
seseorang apabila kamu melihatnya,kamu akan teringat kepada Allah S.W.T,apabila kamu mendengar ucapannya,pengetahuanmu tentang Islam bertambah,dan apabila kamu melihat perlakuannya,kamu akan teringat pada hari akhirat,"

inilah sahabat yang terbaik
Subhanallah.sangat beruntung mereka yang dianugerahkan seorang sahabat sedemikian
setiap kali pandang je,automatik kita akan teringatkan Allah
bila dengar je kata2 dia, bertambah ilmu kita tentang Islam
dan dengan melihat pelakuannya spontan hati beristighfar mengingati hari akhirat



selain tu,terdapat beberapa ciri sahabat yang baik.antaranya:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu 

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu 

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu 

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik 

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu,
 dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu    

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya 

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya 

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu 

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu 

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu 

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu 

Jika kamu berdua berselisih faham, 
nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan 

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
 

oleh itu sahabiah sekalian, berhati2 lah memilih rakan
jika kurang baik rakan antum, maka mungkin begitulah antum
tetapi
jika baik rakan antum, insyaAllah baiklah juga antum
tambah bertuah jika rakan yang baik itu menjadi SAHABAT antum. :)



Dalam bersahabat ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi dan penempa besi. Jika berkawan dengan penempa senjata, kita mungkin terkena tempias busuknya besi yang ditempa sebaliknya jika berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan mendapat wanginya.

ingat!!!

   rakan kita adalah cermin bagi diri kita
jika ingin mengenali seseorang itu lihatlah dengan siapa dia bersahabat
soleh/solehah rakan2nya,insyaAllah soleh/solehah dia
langsung tidak rugi jika kita bersahabat dengan mereka2 yg baik
malah bonus untuk kita
lagi bonus kalau sama-sama dpt masuk syurga Ilahi  ^__________^


"bersahabat sampai ke syurga"



mohon maaf andai ada tersilap kata,terkasar bahasa
ana manusia biasa,tidak lari daripada kesilapan
entri ini sekadar luahan idea yg diilhamkanNya

wallahualam.wassalamualaikum w.b.t  ^___^


Thursday, December 30, 2010

Doa Rabitah

Ya Allah
Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu
bertemu untuk memenuhi perintahMu
bersatu memikul beban dakwahMu

hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya
dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini

tunjukkan kepada hati-hati ini jalanMu yang benar
penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap

lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu
hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentangMu

jika Engkau mentakdirkan mati
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik penolong



Wednesday, December 29, 2010

CINTA AJNABI

assalamualaikum w.b.t
salam manis pembuka bicara
buat tatapan para pembaca  *berpantun 2 kerat pulak dah.hihi

ni adalah entri pertama ili berdasarkan idea sndiri.Alhamdulillah
ili bknlah seorang penyajak mahupun pengkarya
buah fikiran mereka mampu membuat pembaca terpesona
ili hnyalah ili,seorg muslimah yg masih berusaha memperbaiki diri  :)

okeh.terus kpd tajuk entry di atas  "CINTA AJNABI"
kenapa ili ltk tajuk cinta ajnabi? bkn cinta manusia?
ye,cinta ajnabi adalah cinta sesama manusia TE.TA.PI..
cinta manusia xsemestinya cinta ajnabi

cinta manusia boleh jadi cinta kepada mak dan ayah
cinta manusia boleh jadi cinta kepada adik beradik
cinta manusia boleh jadi cinta kepada atuk dan nenek
kan3??  ^___________^

haaa.sebelum tu.antum tau mksud cinta ajnabi?
mgkin dah ada yg sedia maklum tapi ili terangkan jugak serba sedikit ape cinta ajnabi ni
cinta ajnabi ni pointnyer mmg straight kpd cinta berlawanan jenis
senang ckp kapel la.pakwe.makwe.balak.marka.mata air.mek dll
tapi... tunggu dulu!!
cinta ajnabi juga cinta antara seorang zauj kpd zaujahnya dan sebaliknya
tapi yg ni paling bagus sebab cinta yg halal.cinta yg Allah reda.mak ayah reda..

cuma di sini ili nk berckp ttg cinta ajnabi yg masih xhalal ni
fuh,kalo tgk zmn skrg ni kn
boleh kate mcm xsah kalo xde psangan kapel
macam memalukan kalo xde pakwe/mkwe  *ili rasa xmemalukn pon 

orang ada pakwe,dia nk berpakwe jugak
orang ada makwe,dia nak bermakwe jgk
yang darjah 6 pon dah ada yg tangkap feeling
dasyat betol muda mudi zaman skg 

mmg best kan kalo ade org caring kt kita
tnya dh mkn lom? tgh wtpe? belikan kite adiah
pastu belanja makan.sopim.jalan2.bla3... dan byk lagi
sape xnk kn? kn3 sahabiah sekalian??

tapi ili muhasabah,ili fikir balik
dan juga based kpd pndapat sahabiah2 ili yg lain jgk
lagi best kalo hal2 kt ats tu wat lepas da sah ikatannya kan?
xde org nk mrh.xde org nk tegur.

kalo x,nk ckp fon pon sembunyi bwh selimut
xcukup selimut tambah bantal.ish2..


kalo nk mkn same2 perlu ke tempat yg xde org knl
kalo x,nanti ad org nmpk mkn berdua.lapor kt mak ayh
mahunya kena kejar dgn batang penyapu.hihih

Alhamdulillah,ili masih terpelihara drpd semua tu.syukur..
ili tau Dia syg sbnrnya
dan ili juga tau masih ramai sahabiah muslimat mahupun muslimin di luar sana
yg masih terpelihara sayangnya utk pasangan hidup yg bakal dianugrahkan Ilahi.tidak lama lagi
mereka2 ini,bukannya tidak ingin bercinta
BUKAN
tetapi cinta yg halal serta dipagari syariat yg mereka pilih.Alhamdulillah

bukan apa,kalo da masa kapel asik duk bergayut je
nanti kalo dah kawin xde idea da nk wat modal utk bersembang
kalo da asik kuar dating
nanti da jemu tgk masing2
kalo da asik ber'ayang',ber'abang' sebelum tiba masanya
lame2 basi jgk kn?

simpan bergayut telefon tu utk zauj/zaujah antum
simpan kuar dating tu jgk utk zauj/zaujah antum
simpan jg panggilan manis tu khas hnya utk zauj/zaujah antum
maruah terpelihara.malu masih bersisa.Alla pon suka!!  ^_______________^

ili pegang janji Allah dlm surah An-Nur ayat 26 ini :


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

see,yg baik utk yg baik kan?
jgn dipersoalkan kalo ad yg dpt pasangan yg biasa2 shaja
antum xtau hikmah yg tersembunyi
kerana Allah xkan "kun fayakun" akan sesuatu tnpa sebab.tnpa hikmah tersembunyi

satu ayat yang ili dapat dari sebuah blog,ayat yg ili amat suka

"PINANGLAH AKHOWAT KERANA DAKWAH"

wah.bagi ili sgt la mantop ayat ni
dan ili jg bersetuju dgn ayt di atas
pinanglah kerana dakwah
bukan kerana rupa
bukan kerana harta
bukan kerana nafsu
tapi kerana AGAMANYA



tepat pukul 3 pagi.mata masih xnak tutup
tapi ili berhenti setakat di sini shaja
insyaAllah di lain masa
seandainya Allah mengizinkan,ili taip entri baru  ^_^

yang baik itu daripada Allah
yang buruk itu juga daripadaNya
tetapi disandarkan pada ili yg fakir lagi hina d sisiNya
maaf jika ada yg terguris rasa
entri ini sekadar luahan idea yg tetiba dikurniaknNya pd waktu org duk nyenyak tido
tgh hujan lebat lak tu.hihi

wallahualam.wassalamualaikum w.b.t   ^___________^