Friday, November 25, 2011

Perhiasan Dunia


Lembut,bisa menggoyah
Sopan,bisa menangkap perhatian
Ayu,bisa mendebarkan
Namun hati kecil ini
Berdoa dijauhkan seperti itu

Biarlah kehadiran diri ini disenangi
Membawa ketenangan hati yang goyah
Memandang diri ini menyejukkan mata
Bergetar hatimu mengingati Allah


Hati yang rapuh
Namun tidak terjangka kekuatan di sebaliknya
Jiwa yang sensitif
Tanda sempurna kewanitaan dan keibuan

Wahai muslimah
Mari menjadi sebaik perhiasan dunia
Bukannya perosak iman Adam

Ayuh berusaha merealisasikan impian

Penyejuk mata untuk ibu bapa
Sahabat yang baik buat rakan-rakan
Isteri solehah buat zauj
Membawa langkah kepada jawatan impian
Ketua bidadari syurga
Menggapai mardhatillah

Monday, November 21, 2011

saya lebih cintakan Dia



Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
>> Sebab saya tidak RELA jika saya hilang cinta Allah..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..

Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..

Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..

Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
>> Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..

Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..

Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
>> Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah

cukuplah sekali,cukuplah hanya awak yang pernah bertakhta di hati
akan saya simpan takhta ini kepada zauji yang bakal memunculkan diri
bukan kepada lain-lain ajnabi sebelum zauji


credit: jannati baiti/FB

Tuesday, November 8, 2011

Malaikat Kecil



“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Tuesday, October 11, 2011

Awak,kita ini bercintakah?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?




Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan..

Sunday, October 9, 2011

Hawa tersayang ♥

بسم الله الرحمن الرحيم   
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Mari berfikir sejenak sahabat sekalian.muslimah terutamanya. Bagaimana kiranya waktu sekarang kita berhadapan dengan Rasulullah S.A.W? mampukah Baginda tersenyum melihat penampilan kita atau sebaliknya yang akan berlaku? Tegarkah kita melihat pandangan kekecewaan di dalam mata pemimpin agung itu? Jujur,ili tidak sanggup.
 
Sahabat muslimah yang disayangi,                                                                                                                                                              

apakah sahabat berfikir dengan pakaian tidak mengikut syariat itu sahabat boleh menarik perhatian lelaki? dengan solekan tebal itu sahabat boleh memukau pandangan mereka? Ya,sahabat sekalian akan menarik perhatian dan memukau pandangan mereka yang berhidung belang !!  
 
Sila tanya hati kecil yang penuh dengan kelembutan itu. Apakah pakaian itu boleh menangkap perhatian Allah s.w.t? Apakah dengan solekan itu menjamin tiada sentuhan api neraka menyinggah di wajah kalian? ili tidak menipu wahai sahabat tersayang bahawa lelaki yang soleh akan menjaga pandangannya dan tidak akan tertarik dengan penampilan perempuan sebegitu. Sejahat-jahat mana pun seorang lelaki pastinya menginginkan seorang perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anak mereka.
 
Sahabatku,dirimu menyatakan bersungguh-sungguh ingin mendapatkan jodoh yang soleh,baik,boleh memimpin diri dan keluarga. Maka sebelum itu sila lihat dirimu dahulu. Apakah rambutmu telah engkau litupi dengan kerudung? Apakah tubuh badanmu telah tertutup sepenuhnya kecuali tapak tangan? Apakah stoking kaki tersarung molek di kakimu? Jika pertanyaan ili itu dijawab dengan sepatah perkataan ‘ya’, ili sangat bangga akan dirimu wahai sahabat ku sayang.
 
Islam itu mudah,tidak menyusahkan. Setiap syariat pasti ada hikmah tersendiri buat kita. Allah sendiri menyatakan dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:


“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
 
Lihat dan teliti ayat terakhir firman di atas. Supaya mereka dikenali sebagai wanita Islam serta tidak diganggu. Betapa sayangnya Allah kepada kita,kaum Hawa namun ramai dalam kalangan kita menganggap kewajipan menutup aurat sebagai satu hal yang remeh,yang boleh dipandang enteng. Walhal hal yang dipandang remeh inilah merupakan penyelamat diri kita daripada gangguan mereka yang kurang akhlaknya. Fitrah manusia sebenarnya suka dan cinta akan kebaikan namun manusia itu sendiri yang membina benteng keegoan menolak kebaikan yang hadir serta hanya berfikir untuk keseronokan semata. Ingatlah tujuan kita diciptakan yakni untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sahabatku,tontonan auratmu secara percuma telah menambahkan lagi dosa di buku amalanmu dan tidakkah engkau sedar lelaki-lelaki yang memandang itu juga mendapat dosa yang percuma? Apakah tiada perasaan kasihanmu kepada mereka kerana mereka terlibat sama dalam penambahan dosa-dosa itu? Ya,silap mereka juga yang tidak menundukkan pandangan namun apakah sahabat sekalian dapat menjamin langsung tiada lintasan di hati mereka? Bagi lelaki yang baik pasti akan cepat-cepat beristighfar dan mengalihkan pandangan tetapi bagaimana dengan lelaki yang berhidung belang? Silakan menjawab persolan ini sendiri kerana ili yakin sahabat sekalian lebih maklum.

Pesanan kasih sayang;

LABUHKAN TUDUNGMU

TUTUP AURATMU

LONGGARKAN PAKAIANMU


♥ WAHAI MUSLIMAH TERSAYANG,TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUP DENGAN KAIN KAFAN ♥
 
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan (Imam Hasan Al-Basri)


wallahualam                                                                                                                        

Thursday, August 18, 2011

awak.saya.kita warga SMKA

Mereka kata...Kita ni pelajar  Sekolah Agama 
Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu 

Mereka kata...Kita ni mejaga solat 
Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu 

Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam 
Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak" 

Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat 
Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip 

Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh 
Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita? 

Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah 
Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita? 

Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian 
Tapi Kita...Mathurat tu ape ek? 

Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah
Tapi Kita...Pekara yang wajib pun entah ke mana 

Mereka kata...Kita ni menutup aurat 
Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan 

Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan 
Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu 

Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah 
Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih 

Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan 
Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan 

Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran 
Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana 

Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang 
Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’ 

Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman 
Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja? 

Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada 
Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

 Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung  SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap 

“I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”

 Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atasa hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar  umat. Ingat kata2 ini 

“Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua”

 dan jangan sampai

“MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

~credit to penulis (^___^)v

Tuesday, June 28, 2011

ketenangan semalam dan hari ini

Bismillahirrahmanirrahim






kaifahaluk antum sekalian? moga khair sentiasa ;)


KETENANGAN SEMALAM DAN HARI INI


tajuk post ili kali ni
apa maksud tersiratnya? apakah ketenangan yang ingin diketengahkan??


ketenangan bagi keresahan ili: Keluarga ili




ili tak pasti apa ketenangan antum.mungkin ada yang jawab duit,sahabat,hobi,kekasih dll
ya benar,Allah lah punca segala ketenangan.itu tidak dapat dinafikan lagi
tapi kali ni ili nak tekankan kepada ketenangan kita di dunia ni
benda yg boleh memberi ketenangan kepada kita yg berakar umbi drpd Allah jua :)


sebenarnya ili punya satu cerita yang baru saja berlaku
yang telah membuatkan ili sedar betapa keluarga ili merupakan antara anugerah Allah yang paling tak dapat dinilai dengan apa2 jua.bukan tiada nilai,tapi tidak dapat dinilai kerana harga mereka yang tidak dapat dibayar walhal dengan nyawa sekalipun.


3 hari yang lepas ili dapat tau yang adik lelaki ili masuk wad
dapat tau pon dari post yang dikongsi oleh kwn adik ili
dengan ase terkilan.sebak.sedih.berdebar.takut dan macam2 perasaan lagi lah ili call adik.adik ili angkat.terus ili serang dia,bertanya akan kedudukan hal sebenar
katanya memang benar dia masuk wad.gara2 appendix.Allahuakbar!
dengan ilmu yg xberapa ad tentang penyakit ni,setitik dua jatuh jgk la air mata
sedih memikirkan sakit yg adik ili alami


tak lama kemudian mak call
kata mak.bukannya xnak call dan bagitau,tapi tadi tak confirm lagi adik masuk wad ke tak
ok.tadi mengaku la ili ada kecik hati sikit.  *tetibe emo dan rase disisihkan.hihih
pas mak cakap camtu,dengar suara mak hatiku terpujuk kembali.cewaaaah ;D
mak cite la yg angah (adik ili ni) start skit ptg 25hb tu.sampai meringkuk badan dye baring kat katil akibat tak tahan sangat sakitnyer  *oh,tak dapat ku bayangkan keadaan angah :'(
bawak ke klinik.doktor suruh pergi hospital besar sbb dah suspek appendix
lusanya,27hb terus operate buang appendix tu.Alhamdulillah sgt2 sbb angah rasa sakit awal2

kalau benda tu dah pecah dan tak sedar ag,Allahuakbar.tak dapat ili bayangkan.bahaya sangat!


sepanjang 3,4 hari ni ili jadi sedar.betapa keluarga amat bermakna.sangat..
bukanlah bermaksud sebelum ni ili tak menghargai mereka.tak,its not true.hehe
cuma mcm ili ngan angah,ili prmpuan.angah lelaki.jarak umur 3 tahun je.jadi kengkadang gaduh2 gak ngan dia tu.gaduh mulut.sepak2.tapi semuanya sekadar gaduh adik beradik.air dicincang takkan putus :) esoknyer kami akan baik semula kalo bergaduh.hihi tak matang betol la budak berdua ni :P

ok,mengaku la.sgt susah ili nk cakap sayang kat adik2.huhu bukan tak sayang,malu.heeeee tapi skrg ili sedar mereka sgt penting dalam kehidupan ili.ili nak tunjuk yang ili sayang sgt kat mereka.mungkin belum tiba masanya lagi dengan ujaran kata-kata tapi dengan tingkah laku,reaksi dan layanan.ili nak jadi kakak terbaik lagi solehah!! insyaAllah ^________^


mak masih dengan sifatnya yang caring
'memaksa' ili ke klinik utk cek tahap kesihatan diri
sebab sayangkan mak sangat2 dan nak legakan kerisauan di hati mak akan along (ili) dan angah,ili pergi la jugak ke klinik hari ni
Alhamdulillah,kata doktor hal ni mungkin kerana cuaca yang berubah2,debu atau stress  *penyakit lelah
mak dah lega.angah dah keluar wad.ili dah pergi cek ke klinik


kadang-kadang kan kite perlu korbankan sedikit milik kita
demi ketenangan hati orang lain terutamanya yang kita sayang dan patut sayang :)
dan ili merasa ketenangan hari ni adalah lebih baik daripada ketenangan semalam



usrati habibati ^___^


terima kasih Ya Allah!!!

Monday, June 20, 2011

pelumpuh hati kecilku


credit to: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/wahai-kamu-yang-telah-melumpuhkan-hatiku/#axzz1Po0jnWjm



Sebenarnya coretan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang  melumpuhkan hatiku. Coretan ini ingin ku selitkan dalam satu kehidupan mu, namun aku hanya lelaki yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua percikan – percikan rasa yang terjadi dalam hatiku. Aku hanya dia yang engkau anggap tidak lebih, aku hanya merasa seperti itu.
.
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Seperti yang engkau tahu, aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku selalu berlagak normal walaupun aku hanya berpura – pura.
.
Tahukah wahai kamu  yang melumpuhkan hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah berkata “cinta” kepada mereka yang tidak ku cintai. Namun kepadamu, lisan ini seolah – olah terkunci. Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah mereka yang engkau cintai, walaupun itu hanya  prasangka ku.
Jika boleh aku beri alasan, mungkin kerana aku takut engkau akan menjadi “illah” kepada ku. Kerana itu, aku berusaha untuk mengurung rasa itu jauh ke dalam, sehingga yang terjadi adalah tolakan-tolakan dan lonjakan yang membuatku semakin bingung.
Sakit hatiku ku berbicara bahawa engkau mencintai dia dan tiada aku dalam kamus cintamu. Sememangnya sakit, sakit yang  terasa begitu perit. Namun 1000 kali rasa itu lebih baik di saat aku mengerti bahawa senyum mu adalah sesuatu yang bererti bagiku. Ketenteraman mu adalah buah cinta yang amat teramat mendekap hatiku.

Dan aku mengerti bahawa aku harus mengalah.

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada tatapan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingati mu. Jarang aku memandang wanita, namun satu pandangan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.
Banyak lembaran buku yang telah ku telusuri, banyak teman yang telah ku minta pendapat. Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala prasangku tentang kamu dan dia, kerana sebahagian prasangka adalah suatu kesalahan. Namun di sudut yang lain,  ada dorongan yang begitu kuat untuk ku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.
.
Wahai kamu  yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin aku bukanlah lelaki gentleman yang bersedia untuk  menikah denganmu dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harus ku kejar.  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan, jika hati ini tidak mampu ku jaga. Aku tidak mahu bercouple dengan mu.
.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milik mu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun saat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat indah ku hanya akan ku berikan kepada BIDADARI ku.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, tolong bantu aku untuk meraih bidadari ku bila dia bukanmu.
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu bahawa saat  inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa malu, tentu aku telah meminang mu bukan sebagai isteriku namun sebagai kekasihku.

Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu.
Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?
Mengorbankan ukhuwah diantara kita?
atau harus mengorbankan iman dan maluku hanya demi perkara  yang remeh ini?
Aku semakin tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepada mu, sudikah engkau menungguku? sehingga aku siap dengan yakin untuk  meminangmu? Dan kau pun siap dengan pinanganku?
Namun wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, kadangkala aku terfikir,  semuanya pasti akan berlalu, dan aku merasa saat-saat ini pun akan segera berlalu. Tetapi ada ketakutan dalam diriku, apabila aku melupakanmu. Aku takut tidak akan pernah lagi menemukan dirimu dalam diri mereka-mereka yang lain.
Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita. Mungkin nanti saat dimana mungkin kau telah menimang cucu mu dan aku juga demikian, mungkin kita akan saling tersenyum bersama mengingati kisah lama kita yang tragis ini.
Atau mungkin saat kita ditakdirkan untuk menempuh jalan menuju keindahan sebahagian dari iman, kita akan tersenyum bersama  akhirnya,  setelah menahan perit rindu yang begitu menggoncang.

Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, mintalah kepada Tuhan mu, Tuhan ku, dan Tuhan semua manusia,  kesudahan  yang terbaik terhadap kisah kita. Memintalah kepadaNya agar iman yang tipis ini mampu bertahan, memintalah kepadaNya agar tetap menetapkan malu ini pada tempatnya.
Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara  yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.