Saturday, March 5, 2011

(T__________T)

Assalamualaikum w.b.t
apa khabar iman dan akhlak sahabat2?
semoga bertambah baik,insyaAllah...

sekalung maaf ili hulurkan dahulu
andai tersilap bahasa atau kata
ini ceritera hati yang diharapkan boleh menjadi teladan

satu kejadian yang baru je berlaku semalam
masih menyentap tangkai hati
 kejutan yg ili terima
berita kematian seseorang
ili terkilan.sangat-sangat..  (T____T)

arwah meninggal Isnin,28 Feb 2011 
sewaktu 1st day ili ke perkhemahan B.I.G
konpem2 ili x on9 facebook
dan semalam baru tau ttg kematian arwah 
bile tgk status yg fb arwah share (org len yg post guna fb arwah)

xsempat mintak maaf ngn arwah
itu hal yang paling terkilan
disebabkan satu hal yg kecik je sbnrnya
tp dibesar2kan oleh ego yg jaat ni
menyesal xsudah rasanya

satu pengajaran yg sgt bermakna buat ili
sangat2..
"jangan sebab benda remeh kite besar-besarkan kelak menyesal jadinya"
ili akn igt ayat ni smpy bila2..
ili akan pegang.pasti !!

kepada arwah akhi Fadzli,semoga roh akhi bahagia di sampingNya
semoga akhi ditempatkan bersama para solihin.amiin2..
maafkan adikmu ini,si sayap kiri yg ego
Al-Fatihah dan Yasin untukmu........

Friday, March 4, 2011

pemBINAan keINSANan keGURUan ^_____^

assalamualaikum w.b.t
sekian lama sdh ili tdk meng'update' blog yg xseberapa ni
krn kesibukan serta line internet yg kurg memuaskn

sepanjang ketidak'update'an blog ni smemangnya mcm2 pengalaman & hal yg telah ili tempuhi
terlalu banyak
cuma ili nk bercerita ttg pengalaman yg baru sahaja ditempuhi 
B.I.G
tau ape B.I.G itu?
Bina Insan Guru
satu program yg wajib disertai para guru pelatih IPG 
untuk membina sifat,sikap keguruan dalam diri guru pelatih
bagi smester 1 B.I.G nya ini ialah perkhemahan

banyak tujuan program ini diadakan sebenarnya
kalau nk list semuanyer asenyer xcukup kot.hehe
cukup sahaja ili katakan program ini adlh utk membentuk sifat,sikap keguruan dlm diri para guru pelatih

di IPG ili ni,ad 3 fasa utk batch ili thn 2011 ni
ili serta shbt2 sekelas (para guru pelatih Bahasa Melayu) menjalani B.I.G pada fasa kedua
bersama para guru pelatih Pengajian Sosial dan Matematik
kami semua seramai 61 org
berkampung di 'Pulau Pangkor' selama 4hari 3 malam
serta beraktiviti mengembara dan kayak di 'Terengganu'
sebenarnya bkn Pulau Pangkor dan Terengganu pon
dua nama tu sebenarnya gelaran kepada 'Pulakol' serta kwsn rekreasi 'Tereggun' berhampiran IPG ili
nama gah tersebut skdr penyedap hati buat kami semua
konon2 jauh la walhal dkt sini je.heheh  :D

mmg banyak 
perkara baru yg ili belajar
pengalaman yg ili dapat 
sewaktu program ni berlangsung
program bermula pada 28 Feb- 3 Mac 2011,smlm bru abis
penatnyer msih terasa
lenguh2 badan,sakit2 tp kenangan B.I.G mmg best !!

kami dibahagikan kepada 6 kumpulan
ili berada dlm kumpulan SAHABAT
6 lelaki,5 perempuan

antara aktiviti yg best adalah:

1) memasak same2 

2) jungle-trekking dan memasak megi ats unggun api

3) water confident + berkayak 

4) persembahan malam kebudayaan


5) senam pagi

dan pastinya...
6) solat berjemaah.heeeeee  ^_____^

waktu jungle-trekking mmg mencabar
ad cerun2 curam,kwsn yg agak licin,berbukit
tp Alhmdulillah sgt2 ili berjaya lalui semuanya dgn baik  *walo agk lmbt2 nk
tempuh smua tu.heee
semuanyer dgn pertolongan Allah
yg dititipkn kpd shbt2 kumpulan ili
especially Rini.syg kamoo Rini !!!  ^^,

juga swktu water confident & berkayak
jutaan terima kasih utk Kullah,Asrul & Imiey sbb byk bntu ili wktu xtvt terbalikkn kayak
knapa smua nama lelaki ek?
bkn pinta ili ye.jgn slh fhm
sbbnyer lect arahkn 'bowman' kayak adlh pompuan, 'sternman' kayak adlh lelaki
dan bila xtvt terbalikkn kayak,kayak ili prlu bekerjasama dgn kayak psgn Asrul & Imiey
nk x nk mmg kna terima jugak.huhu
jg ucapan terima kasih coz dorg
byk support wktu nk naek kayak dr dlm air tu  *sgt la ssh okeh

lastly spesial tems sgt2 kt ahli kumpulan ili 'SAHABAT'



Rini
Ira
Elly
Along
Wan
Arif
Man
Lee
Arip
Ijad

juga utk semua pensyarah2 yg terlibat
yg byk memberi
 tunjuk ajar kpd kami
panduan kpd kami
En.Jamil,En,Shafie,En.Syamsuri,En.Yusri,En.Zakari,Ustz.Alimin serta Kak Ain



Saturday, February 5, 2011

istikharah cinta


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Thursday, February 3, 2011


aku yang halimunan




Cukuplah kau mengenalku dari jauh..


Sepanjang dapat melihat, mendengar, merasakan kehadiranku.


Aku hanya teman, inginkan yang terbaik buat semua pihak..


Bagai angin aku menyapamu hanya sementara..



Pergi kembali mencari belahan hati di langit tinggi, Rabbul Izzati..


Semoga Allah menyayangimu jauh melebihi siapapun yang kau tahu..

Wednesday, February 2, 2011

tips untuk mendapat anak soleh/solehah :))




"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami  isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam  bagi orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al Furqan, 74]

Tips Untuk Kaum Bakal Ibu/Ibu Bagi Mendapat Anak Soleh - Dari Satu Diskusi

  • ·         Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.


  • ·         Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, janganunder estimate atau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.

  • ·         Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka".  Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.

  • ·         Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.


  • ·         Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.


  • ·         Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagi melahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.


  • ·         Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.


Akhir kalam :
"Didalam rahim ku, bakal generasi pemimpin berperibadi Muslim. Di tanganku, bakal generasi pemimpin berperibadi Muslim."

Saturday, January 29, 2011

::::::::::


perkenalan sekejap cuma
mesranya terasa
kerana mengikut rasa
hambar dan dingin bermula

ana bertindak bukannya sengaja
fitnah itu di mana-mana
walau hakikatnya mereka hanya berprasangka
diri lemah ini yang menanggungnya

dikejutkan dengan satu berita
dia lemah tak bermaya
terlantar sakit menderita
ana terkelu tanpa bahasa



Allah,aku merasa bersalah
seribu kemaafan dipinta
walaupun sedarnya hanya separa
matanya tidak terbuka

doa dihulur sentiasa
semoga dia sembuh seperti sediakala
walau peratus harapannya tak seberapa
ana tahu Allah sayang dia

Dia sentiasa ada !!

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah.. 

kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi


Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,

carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya


Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,

ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil


Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, 

jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..


Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,

carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa


Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah, 

bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..


Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, 

carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup


Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,
jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar


Apabila miskin dan papa,kita terperangkap dalam kesempitan,

ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..


Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,

mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa


Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,

serahkan dirimu kepada Dia..
satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.


Apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan,

ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!