Friday, May 27, 2011

suami ideal

 cReDiT tO: http://www.aimanazlan.com/2010/06/suami-ideal.html

Ahmad tertarik hati dengan Anis, rakan sekolahnya yang lama. Dah berminggu-minggu dia interview kawan-kawan Anis untuk berkenalan ngan lebih rapat si gadis tu. Masha Allah, wajah, akhlaq, dan agamanya memang first class. Istikharahnya pun dah settle. Cuma nak seal the deal ja.

Ahmad dan bapa Anis (Ahmad panggil dia Pak Cik) di ruang tamu rumah Anis.

Pak Cik: Apsal ni Ahmad? Nampak gelisah je ni.

Ahmad: Saya sebenarnya ada hal penting nak bincang ngan Pak Cik. Ini berkaitan ngan Anis. Ada hajat yang nak disampaikan. Sebab tu gelisah sikit ni.

Muka Pak Cik berkerut sedikit. Tapi macam boleh agak saja apa yang Ahmad nak katakan.

Pak Cik: Ok, apa hajatnya?

Ahmad asyik dok urut-urut tangannya dan garu-garu tempat yang tak gatal. Tapi dia gagah. Ini tujuan yang mulia sekali. Dia pandang straight kat muka Pak Cik. Senyuman di bibir.

Ahmad: Saya datang ni nak meminang anak Pak Cik, Anis.

Pak Cik: (Gelak skit) Oh, itu ke hajatnya. Ahmad ni baru umur 20 tahun kan?

Ahmad: Ye Pak Cik.

Pak Cik: Dah bekerja dah ke?

Ahmad: Belum Pak Cik. Masih lagi belajar. Baru habis first year kat Australia.

Pak Cik: Australia? Wah, kayanya awak!

Ahmad: Eh, takde la Pak Cik. Alhamdulillah, saya dapat biasiswa. Kalau tak, memang tak mampu la nak ke sana.

Pak Cik: Nanti lepas belajar nak keja apa?

Ahmad: Well, saya minat Psychology Pak Cik. So, rasa macam nak jadi Psychiatrist or Counsellor la.

Pak Cik: Hmm...tak nak jadi doktor? Engineer ke?

Ahmad: Ramai jugak orang cadangkan saya jadi doktor. Saya memang minat Biology, cuma bukan ke arah medical la Pak Cik. Engineering tak minat sangat la Pak Cik. Kalau saya nak kerja, saya nak buat kerja yang saya suka. Sebab saya nak buat kerja tu seumur hidup. Kalau tak jadi Psychiatrist atau Counsellor pun, apa-apa yang berkaitan ngan Psychology pun jadik la.

Pak Cik: (Angguk-angguk) Kampung awak kat mana ek?

Ahmad: Kelantan, Pak Cik.

Pak Cik: Ish, jauh tu. Susah la time raya nanti.

Ahmad: Yang tu insha Allah boleh uruskan Pak Cik.

Sesi soal jawab ni berlarutan selama 30 minit. Macam-macam soalan ditanya. Sampai la satu tahap...

Pak Cik: Camni la Ahmad. Saya tau awak ni orang yang baik. Tapi, saya rasa awak bukan la suami ideal untuk Anis. Maaf la ye.

Ahmad: Pak Cik dah habis ke interview saya? Pak Cik belum tanya lagi pasal agama saya.

Pak Cik: Agama?

Ahmad: Saya datang ke sini mengharapkan Pak Cik menanya saya soalan-soalan untuk mengetahui sama ada saya ni ideal atau tidak sebagai suami Muslim. Tapi saya tak sangka pulak Pak Cik interested dengan berapa banyak duit saya ada dan dari mana saya lahir saja.

Pak Cik: Perkara tu sumanya penting untuk suami ideal.

Ahmad: (Senyum) Saya faham Pak Cik. Of course saya kena ada duit untuk support anak Pak Cik dan keluarga saya. Dan saya yakin kewangan saya cukup berdasarkan biasiswa saya. Lagipun, kalau tak silap anak Pak Cik pun ada biasiswa jugak. Insha Allah, itu akan memudahkan urusan. Tapi dari mana konsep ideal tu diambil Pak Cik?

Pak Cik: Masa saya nak kahwin mak si Anis, camni jugak la saya ditanya.

Ahmad: Tapi suma itu tidak sepenting agama. Pak Cik, apa yang saya harapkan ialah keluarga yang berdiri tegak dengan Islamnya. Itu bukanlah produk duit Pak Cik. Itu produk agama.

Keadaan genting seketika. Ego Pak Cik membuak kerana dileter orang yang lebih muda darinya. Ahmad dapat mengesan hakikat ni.

Ahmad: Pak Cik, percayalah bahawa saya hanya berniat baik. Memang patut seorang ayah inginkan suami yang terbaik untuk anak perempuannya. Cuma, terbaik dari segi apa itu Pak Cik? Pak Cik fokuslah kepada sama ada saya ini layak atau tidak untuk mendidik anak dan isteri untuk menjadi dekat dengan Allah. Berapa orang yang kaya di dunia ini tapi anak dan isterinya tidak dekat ngan Allah Pak Cik?

Tiba-tiba, isteri Pak Cik keluar ke ruang tamu membawa sedulang minuman, tanpa memakai tudung.

Pak Cik: ...

Anis tersenyum di dalam biliknya.

Sunday, May 15, 2011

Nakhbah Palestine




>Sempena 60 tahun Nakhbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.


Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.


Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.




Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

SwFI~pencarian nuqaba


Assalamualaikum w.b.t
bersua kembali di medan pena
apa khabar iman sahabat2 sekalian? semoga sentiasa bertambah,insyaAllah..
hampir dua minggu ili tak update blog
kadang2 ada juga menjengah sekali sekala.melihat update terbaru daripada blog pilihan :)



dalam dua minggu ni banyak hal yang dah berlaku,qada' & qadarnya
semuanya mengajar erti hidup dan memberi pengalaman
paling tak boleh lupa pastinya program Syabab wa Fatayat Islam (Pemuda dan Pemudi Islam) yg telah ili sertai
pada 8 MEI 2011
mula2nya agak 'shock' bila ili dikirimkan sehelai surat oleh sorg akak yg kawaii.hehe
surat tawaran menyertai program tu.sebabnya tahun lepas program dah dibuat
cuma nama ili xtersenarai masa tu dan inform sorg ukhti,"nama ili tertinggal la"
pikir ili 'okkk,mgkin ada hikmahNya'   *sbb ili mmg tingin nk masuk program tu.huhu

Subhanallah,pengisian program sangat menarik
program kali ni majoritinya 'junior' yg sertai
sebabnya batch ili join yg thn lepas punya
Alhamdulillah ad je batch ili yg sertai program tahun 2011 ni
antaranya etiey,syeera,kak ila,tira jugakkk kak zihan (senior)

pagi hari tu tak sempat ili join subuh berjemaah *bngun lewat.hihih
tp Alhamdulillah sempat dengar pengisian kuliah subuh oleh akhi Fahmi
antara xtvt yg diadakan pada hari tu XploreDakwah,LDK dan kuliah
Segala Puji bagi Allah jua tertautnya ukhuwah yang baru,fillah~insyaAllah...
paling mencabarnya program ni ialah fasi2 byk psiko kami semua
demi melihat apakah kami tegar dan tegas untuk memikul amanah sebagai naqibah
MasyaAllah,berat dan besar tanggungjawab sbg naqibah tu.ili dengar pon rase seremmm.huhu

dua aktiviti yang paling xdapat ili lupa
1st, waktu ili dan ahli grup yakni grup Qurratul Ain
perlu melekatkan sehelai daun kat pipi masing2
kemudian pegang daun tu ngan pipi org len.Subhanallah,tergelak besar kami masa wat xtvt tu
tambah2 pulak kena keliling sebuah tiang dalam keadaan kelima2 orang ni
melekap pipi masing2.sampai setengah jalan sorang dah terduduk,tak tahan nak gelak
last2 dapat jugak lepas tugasan tu. MISSION ACCOMPLISHED !! heeee

2nd, waktu tugasan di padang netball
kami dipinta pergi ke sebatang pokok sementara kumpulan kami mendapat giliran membuat tugasan
dan sila lakukan sesuatu yang..
"kamu dapat bagi kat pokok tu,pokok tu dapat bagi kat kamu"
apa yang kami buat??? heheheh
kami buat halaqah kecil,membincangkan sebuah isu
tang taraaaa.... isu 'meletakkan gambar di facebook'
masing2 berhujah mengeluarkan pendapat,ilmu dan pengetahuan yang ada
Alhamdulillah.xsia2 duduk menunggu giliran.hampir setengah jam jugak kami duduk kat situ
banyak ilmu baru yang ili dapat,Alhamdulillah sangat2.. :)

akhir kalam;
kepada semua peserta terutamanya grup Qurratul Ain:

KHADIJAH
ZE
ZEERA
AISYAH

“Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pengaliran qiadah, dan membuat keputusan (qarar)” - Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

igt tau kata-kata kak Hakimah
"jangan berundur dari medan ni.sekali terpilih sebagai naqibah,teruskan perjuangan"
insyaAllah kak Hakimah yg manisss !!! ^^

p/s: ok.skrg mggu study week,msih sempat update blog.huhu tp kann,mood study xdtg lagikk.insyaAllah harus dipaksa.paksa.paksa..~wink2 (n_n)v

wassalamualaikum w.b.t

Thursday, April 28, 2011

Kecewa Adalah Lumrah :)

Kenapa bersedih ni,sayang? Kenapa menangis? Menangislah sepuas-puas hatimu jika dengan tangisan itu kau akan berasa lega sedikit. Curahlah air matamu ke bantal kemudian mengadulah kepadaNya tentang punca kesedihamu itu.


Sedih kerana gagal akibat perbuatan sendiri atau sedih kerana kecewa diperlakukan orang sekeliling? Bersabarlah. Itu nasihat pertama saya. Ini kerana setiap kali bersedih ditimpa masalah, semua kawan menasihati saya supaya bersabar. Sabar itu senang disuruh tetapi amat sukar untuk dilakukan, Ia memerlukan komitmen daripada hati yang tabah. Jika tidak, jiwa tidak akan mampu bersabar.


Walaupun sukar,sabar adalah jalan yang paling manis apabila menempuh kesedihan,masalah dan kekecewaan. ANDA HEBAT JIKA MAMPU BERSABAR. Ini kerana orang yang terpilih dan beriman sahaja mampu bersabar walaupun ditimpa dugaan demi dugaan.


Memanglah, apa lagi yang boleh kita lakukan,kan? Kita orang Islam, manusia berpedoman. Jika bersedih kerana musibah, kita menangis dan mengadu. Kemudian, bersabar sambil menunggu jalan penyelesaian yang diredaiNya.


Ingatlah, masalah mesti didepani. Orang yang lari daripada satu masalah akan bertemu masalah yang lain pula. Orang yang takut berhadapan dengan masalah adalah manusia pengecut. Orang yang berani berhadapan dengan masalah, itulah manusia yang berani. Berhadapanlah dengan masalah yang dihadapi itu dengan cara yang betul.


Allah S.W.T memilih setiap hamba yang ingin diuji. Melalui ujian ini, banyak perkara yang boleh dinilai. Dan sebagai orang Islam, ujian adalah momentum untuk berjaya, bukannya gagal atau menyerah kalah. Dalam satu hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Abu Umamah, Allah S.W.T berfirman:


"Wahai malaikat, pergilah kepada hambaKu lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya"

Allah S.W.T mahu kita mengadu kepadaNya tatkala ditimpa musibah, bukannya mencari manusia untuk mengadu. Mengadu kepada manusia ada kalanya akan menjadikan kita lebih tertekan. Jika mengadu kepada Allah S.W.T pula, sudah pasti Dia sentiasa ada untuk mendengar. Walaupun tidak dapat melihat, kita dapat merasakanNya sangat setia menemani kita. Dia akan memberi jalan penyelesaian tanpa kita duga. Dia akan menyapu kesedihan dan air mata kita dengan rahmatNya yang luas meliputi langit dan bumi.



Petikan buku Kerana-MU AKU BERUBAH karya Ruhana Zaki

Sunday, April 24, 2011

kerana Dia menyayangiku :)


kenapa takdir itu yang Dia tentukan??

KERANA

Dia ingin aku lebih mencintaiNya
Dia ingin aku sibukkan diri dengan ayat-ayatNya
Dia ingin aku lebih menyayangi keluargaku
Dia ingin aku mempunyai lebih masa dengan kawan-kawan
Dia tahu apa yang terbaik untukku
Dia ingin melihat setakat mana aku bergantung kepadaNya
Dia ingin melihat di kedudukan manakah diriNya dalam hatiku
Dia ingin memeliharaku dari noda dosa.Alhamdulillah..
Dia memberi perhatian yang lebih kepadaku
dan aku..
bagaimana dengan aku sekarang??
Alhamdulillah.aku semakin reda
kerana
segalanya Dia lakukan yang terbaik untukku !!!
aku sayang Dia
Dia Tuhanku Yang Satu,ALLAH S.W.T

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (Ar-Rahman)

Friday, April 22, 2011

si hina ini mendambaMU (T____T)


penerusan hidup dilingkungi bermacam ragam manusia
kekadang kita terkesan
mula membanding.. bagaimana aku? bagaimana mereka?
samakah?? atau mereka lebih baik??!! 
aku yang kurang baik sebenarnya

lalu masalah serasa tertimpa
hidup serasa tidak keruan
KELAM


cahaya yang dicari tiada muncul
kegelapan menghimpit
tolong, aku hampir buta !!
perlahan-lahan....
sinar menampakkan diri
TAPI !!!
sebenarnya.....
aku masih keliru
yang mana harus ku pilih??
pandangan siapa? keselesaan siapa? keuntungan siapa??


hati ku terpujuk
jiwaku menunduk
perasaanku terduduk
MUHASABAH
larut dan hanyut dalam pemikiran
merenung apa,siapa,bagaimana,di mana dan bila



ku pohon petunjukMu
dalam doa diiringi sendu
penuh pengharapan kepadaMu Yang Maha Tinggi
bantu aku mencintaiMu
bantu aku mengenaliMu
bantu aku mendekatiMu
lindungi aku dari segala yang melindungkanku kepadaMu
hijabkan aku dari segala yang menghijabkanku kepadaMu
jagalah aku
rahmati aku
penuhkan kasih sayangMu dalam hatiku Ya Rabbi...


lafaz kalimat doa moga dikabulkan
palitan dosa moga diampunkan
kotoran khilaf moga dimaafkan
agar....
IBTISAM menjadi milikku


Thursday, April 14, 2011

Nur Kasih


Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan


Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu


Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari


Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih


Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata


Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari


Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.