Sunday, June 10, 2012

TAARUF



"Di Islam kami tidak mengenal pacaran, biasanya kami melakukan ta’aruf." - Fahri dari filem Ayat-ayat Cinta.

Proses " ta’aruf " merupakan suatu proses awal menuju proses selanjutnya, yaitu khitbah dan akhirnya sebuah pernikahan.

Ya rijal (lelaki), pikirkanlah baik-baik, matang-matang, dan masak-masak sebelum menawarkan sebuah jalinan bernama ta’aruf. Jangan mudah melontarkannya jika tak ada komitmen dan kesungguhan untuk meneruskannya.

Mengertilah keadaan nisa' (perempuan). Kamu semua tahu, bahwa sifat kaum hawa itu lebih sensitif. Mereka mudah sekali terbawa perasaan. Disedari atau tidak, diakui atau tidak, nisa' ini adalah makhluk yang sangat mudah sekali perasan, suka disanjung, suka diberi pujian apalagi diberi perhatian lebih.


Jadi saat kata ta’aruf atau mungkin khitbah itu keluar dari lisan seorang lelaki baik dan solih seperti kamu semua, tak ada alasan bagi an-nisa' untuk menolak. Kerana jika mereka menolak tanpa alasan yang jelas, maka hanya fitnah yang ada.

Jadi, tolong tanyakan lagi pada diri kamu, apakah kata-kata itu memang keluar dari lubuk hati kamu (ikhlas)?

Apakah kamu sudah memohon petunjuk kepada yang Maha Menguasai Hati?

Apa kamu benar-benar siap (ilmu, iman, mental, fisik, materi, dll) untuk menjalin ikatan suci bernama pernikahan?

Sekali lagi, berhati-hatilah dengan kata ta’aruf. Kerana ta’aruf adalah gerbang menuju pernikahan.


p/s : Bicara dari hati seorang nisa'.


#kopipasta from page Cinta Allah Cinta Abadi@fb

Friday, November 25, 2011

Perhiasan Dunia


Lembut,bisa menggoyah
Sopan,bisa menangkap perhatian
Ayu,bisa mendebarkan
Namun hati kecil ini
Berdoa dijauhkan seperti itu

Biarlah kehadiran diri ini disenangi
Membawa ketenangan hati yang goyah
Memandang diri ini menyejukkan mata
Bergetar hatimu mengingati Allah


Hati yang rapuh
Namun tidak terjangka kekuatan di sebaliknya
Jiwa yang sensitif
Tanda sempurna kewanitaan dan keibuan

Wahai muslimah
Mari menjadi sebaik perhiasan dunia
Bukannya perosak iman Adam

Ayuh berusaha merealisasikan impian

Penyejuk mata untuk ibu bapa
Sahabat yang baik buat rakan-rakan
Isteri solehah buat zauj
Membawa langkah kepada jawatan impian
Ketua bidadari syurga
Menggapai mardhatillah

Monday, November 21, 2011

saya lebih cintakan Dia



Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
>> Sebab saya tidak RELA jika saya hilang cinta Allah..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..

Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..

Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..

Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
>> Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..

Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..

Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
>> Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah

cukuplah sekali,cukuplah hanya awak yang pernah bertakhta di hati
akan saya simpan takhta ini kepada zauji yang bakal memunculkan diri
bukan kepada lain-lain ajnabi sebelum zauji


credit: jannati baiti/FB

Tuesday, November 8, 2011

Malaikat Kecil



“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Tuesday, October 11, 2011

Awak,kita ini bercintakah?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?




Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan..

Sunday, October 9, 2011

Hawa tersayang ♥

بسم الله الرحمن الرحيم   
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 
Mari berfikir sejenak sahabat sekalian.muslimah terutamanya. Bagaimana kiranya waktu sekarang kita berhadapan dengan Rasulullah S.A.W? mampukah Baginda tersenyum melihat penampilan kita atau sebaliknya yang akan berlaku? Tegarkah kita melihat pandangan kekecewaan di dalam mata pemimpin agung itu? Jujur,ili tidak sanggup.
 
Sahabat muslimah yang disayangi,                                                                                                                                                              

apakah sahabat berfikir dengan pakaian tidak mengikut syariat itu sahabat boleh menarik perhatian lelaki? dengan solekan tebal itu sahabat boleh memukau pandangan mereka? Ya,sahabat sekalian akan menarik perhatian dan memukau pandangan mereka yang berhidung belang !!  
 
Sila tanya hati kecil yang penuh dengan kelembutan itu. Apakah pakaian itu boleh menangkap perhatian Allah s.w.t? Apakah dengan solekan itu menjamin tiada sentuhan api neraka menyinggah di wajah kalian? ili tidak menipu wahai sahabat tersayang bahawa lelaki yang soleh akan menjaga pandangannya dan tidak akan tertarik dengan penampilan perempuan sebegitu. Sejahat-jahat mana pun seorang lelaki pastinya menginginkan seorang perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anak mereka.
 
Sahabatku,dirimu menyatakan bersungguh-sungguh ingin mendapatkan jodoh yang soleh,baik,boleh memimpin diri dan keluarga. Maka sebelum itu sila lihat dirimu dahulu. Apakah rambutmu telah engkau litupi dengan kerudung? Apakah tubuh badanmu telah tertutup sepenuhnya kecuali tapak tangan? Apakah stoking kaki tersarung molek di kakimu? Jika pertanyaan ili itu dijawab dengan sepatah perkataan ‘ya’, ili sangat bangga akan dirimu wahai sahabat ku sayang.
 
Islam itu mudah,tidak menyusahkan. Setiap syariat pasti ada hikmah tersendiri buat kita. Allah sendiri menyatakan dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:


“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”
 
Lihat dan teliti ayat terakhir firman di atas. Supaya mereka dikenali sebagai wanita Islam serta tidak diganggu. Betapa sayangnya Allah kepada kita,kaum Hawa namun ramai dalam kalangan kita menganggap kewajipan menutup aurat sebagai satu hal yang remeh,yang boleh dipandang enteng. Walhal hal yang dipandang remeh inilah merupakan penyelamat diri kita daripada gangguan mereka yang kurang akhlaknya. Fitrah manusia sebenarnya suka dan cinta akan kebaikan namun manusia itu sendiri yang membina benteng keegoan menolak kebaikan yang hadir serta hanya berfikir untuk keseronokan semata. Ingatlah tujuan kita diciptakan yakni untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sahabatku,tontonan auratmu secara percuma telah menambahkan lagi dosa di buku amalanmu dan tidakkah engkau sedar lelaki-lelaki yang memandang itu juga mendapat dosa yang percuma? Apakah tiada perasaan kasihanmu kepada mereka kerana mereka terlibat sama dalam penambahan dosa-dosa itu? Ya,silap mereka juga yang tidak menundukkan pandangan namun apakah sahabat sekalian dapat menjamin langsung tiada lintasan di hati mereka? Bagi lelaki yang baik pasti akan cepat-cepat beristighfar dan mengalihkan pandangan tetapi bagaimana dengan lelaki yang berhidung belang? Silakan menjawab persolan ini sendiri kerana ili yakin sahabat sekalian lebih maklum.

Pesanan kasih sayang;

LABUHKAN TUDUNGMU

TUTUP AURATMU

LONGGARKAN PAKAIANMU


♥ WAHAI MUSLIMAH TERSAYANG,TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUP DENGAN KAIN KAFAN ♥
 
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan (Imam Hasan Al-Basri)


wallahualam                                                                                                                        

Thursday, August 18, 2011

awak.saya.kita warga SMKA

Mereka kata...Kita ni pelajar  Sekolah Agama 
Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu 

Mereka kata...Kita ni mejaga solat 
Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu 

Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam 
Tapi Kita... Bagi alasan " Eh ada orang yang lagi layak" 

Mereka kata...Kita ni tak kan mengumpat 
Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip 

Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh 
Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita? 

Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah 
Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita? 

Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian 
Tapi Kita...Mathurat tu ape ek? 

Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah
Tapi Kita...Pekara yang wajib pun entah ke mana 

Mereka kata...Kita ni menutup aurat 
Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggan 

Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan 
Tapi Kita...Last buat pun time kat SMKA dulu 

Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah 
Tapi Kita...Baik simpan buat belanja kekasih 

Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan 
Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan 

Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran 
Tapi Kita...As Sajdah masa exam PQS dulu pun entah ke mana 

Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang 
Tapi Kita...Muka pun dah hilang nur dek kerana jarang berwudu’ 

Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman 
Tapi Kita...Agak2 berapa kali seminggu kita baca?ke setahun skali sahaja? 

Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada 
Tapi Kita...Sekarang kita bukan belajar agama dah. Tak perlu belajar agama!!!!

 Di atas ni sedikit fenomena biasa dalam kalangan produk pelajar sekola agama. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Sekolah yang dikatakan Agama yang dikurung  SMK(A) maka sejajar dengan itu segala tarbiyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Tapi ada kalangan kita yang mencemarkan agama. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi ingatlah teman sekalian. sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. 

Tidak berdesing kah telinga kita mendengar “Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini” atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap 

“I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk..”

 Nah.. tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita tu. 

Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMKA. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini. 

Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikata. Bukan juga niat untuk menyatakan SEMUA produk SMKA itu tidak bagus. Mungkin perkara di atasa hanyalah semata kes yang anamoli. Tapi mungkin juga ianya telah ataupun akan menjadi kes yang major. Sekadar peringatan untuk diri ini dan rakan2 lain yang sudi untuk diperingatkan.

Bukan mengatakan untuk kita menjadi alim seperti ulama’ hebat, Bukan ingin mengatakan kita  taat seperti malaikat. Tapi cukup lah menjadi umat sebenar-benar  umat. Ingat kata2 ini 

“Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua”

 dan jangan sampai

“MEREKA KATA kita adalah harapan agama TAPI KITA sebenarnya adalah sampah agama”

~credit to penulis (^___^)v