Tuesday, December 28, 2010

kerana aku WANITA

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya



WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


Monday, December 27, 2010

mana satu pilihan anda wahai Hawa?

Hawa....
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadi santapan kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. menjadi mutiara sukar di temukan namun bila di hias indah gadis perawan hilang ia... tangisan mengiringi berzaman..^_^

MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA???



Sunday, December 26, 2010

Dia pernah mencintaimu...




“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
=====================================================
credit to: www.saifulislam.com



Wednesday, December 22, 2010

layakkah aku impikan mujahid???

Terkadang hati ini tertanya-tanya, siapakah pendamping hidupku kelak? Siapakah mujahid yang bakal menjadi imam pada setiap solatku? Resah gelisah hati menunggu, mengira setiap detik dan waktu, adakah impian ini akan menjadi kenyataan? Bersama-sama si mujahid, menemaninya dalam perjuangannya. Doaku padaNya “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yang soleh sebagai nakhoda duniaku, agar dia dapat melayar dan membimbing hidupku menuju syurgaMu…”

Arghh..apakah aku terlalu bercita-cita? Layakkah diri ini mengimpikan seorang mujahid sedang diri bukanlah seorang mujahidah? Bukan jua impian sang mujahid. Ya Allah, aku lupa.. seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban untuk menegakkan Deen-ul-haqq. Tapi, sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yang telah sarat dengan cintanya kepada yang lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskan si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si mujahid yang teramat dicintai mungkin akan keguguran di medan juang??..

Mampukah aku mengingatkan si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskan lagi si mujahid dengan cinta duniawi?? Ya Allah, akukah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yang dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya??? Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya untuk Ad-Deen ini.

Ah..sudahlah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu… Masanya belum tiba untuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya. Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu kau raih. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan?? Tapi kau masih terlau rapuh untuk menghadapinya…kau perlu tabah!! Dan aku tahu, kau tak mampu untuk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati, bersabarlah… perjalanan kita masih jauh. Bersabarlah…teruskan doamu..

Pesanan Buat Diri Ini Dan Kalian Semua.....

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,tetapi berusahalah menJADI yang soleh.Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…

kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu)mengenalinya.Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

credit to: Abu Hanifah (fb)

Sunday, December 19, 2010

jom tutup aurat!! ^_____^



TAMBAHAN: 


::: sebaiknya pakai "stongan" @ handsock @ armsock sbb kkdang lengan baju yg agak luas akan terselak.lengan baju yg bercekak pula akn ttarik ke ats.nampak jgk aurat.
::: kpd yg memakai tudung yg agk jarang skit,pakai la inner kt dlm ye ^___^


credit to: cahaya penawar (fb)

Thursday, December 16, 2010

kisah 5 jari..

1.Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke
atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam
yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka &
Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu
jangan kita abaikan.

3.Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari
kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia &apa benda
pun akan start dr kecil then membesar & terus
membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan
mendidik pd usia muda akan beri kesan yg besar
pd masa depan.

4.Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la
dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari
manis. MASA remaja kita selalu di duga dgn cabaran &
dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan
kebenaran.

5.Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu
ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya
status & ekonomy & career yg stabil but kita kena
careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau"
yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal
kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.
 So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how
Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi
pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7.Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua
urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari...
nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang
sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa
rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
=======================================
copy.paste then telah diedit.semoga bermanfaat! insyaAllah (^-^)v

pic ni jgk menunjukkan tertib potong kuku mengikut Imam Ghazali  :)

Wednesday, December 15, 2010

Kasihku Abadi..

Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku 

Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki 


by: inteam