Saturday, January 29, 2011

::::::::::


perkenalan sekejap cuma
mesranya terasa
kerana mengikut rasa
hambar dan dingin bermula

ana bertindak bukannya sengaja
fitnah itu di mana-mana
walau hakikatnya mereka hanya berprasangka
diri lemah ini yang menanggungnya

dikejutkan dengan satu berita
dia lemah tak bermaya
terlantar sakit menderita
ana terkelu tanpa bahasa



Allah,aku merasa bersalah
seribu kemaafan dipinta
walaupun sedarnya hanya separa
matanya tidak terbuka

doa dihulur sentiasa
semoga dia sembuh seperti sediakala
walau peratus harapannya tak seberapa
ana tahu Allah sayang dia

No comments:

Post a Comment