Tuesday, May 31, 2011

Hikmah Tersembunyi

Assalamualaikum w.b.t
sedikit perkongsian
semoga sedikit sebanyak antum dpt mngmbil ibrahnya.insyaAllah :)



**************************************************************************************************
Di suatu sudut surau seusai solat Maghrib kelihatan dua orang muslimat sedang duduk menghadap satu sama lain. Si muslimah pertama yang masih lengkap memakai kain sembahyang berwajah agak tegang,bercampur dengan riak hendak menangis. Muslimah kedua yang bertudung labuh yang juga merupakan naqibah muslimah pertama berekspresi tenang,kekal dengan senyuman..


"Akak,saya rasa tak kuat. Saya rasa lemah sangat-sangat. Saya cuba untuk teguh,kukuh menentang arus lagho yang datang tapi banyak kali saya tersungkur " luah muslimah pertama. Riak wajahnya bercampur. tegang,sedih,risau.. Si naqibah hanya tersenyum. Membiarkan muslimah pertama melempiaskan rasa hatinya dahulu.





"Dalam kelas, saya je yang pakai camni. Saya masih ok dengan hal ni. Tapi bila apa-apa hal yang mungkar atau menjurus ke arahnya saya tak dapat nak tolak kak. Saya perlukan sokongan. Kerap benar saya tergelincir dari landasan. Saya cuba nak jadi solehah,saya nak jadi lebih baik tapi persekitaran tidak membantu. Malah lagi memburuk. 


Sahabat-sahabat terdekat saya semuanya ok tapi ada masa saya jadi terpengaruh dengan mereka. Saya tak nak macam tu tapi saya benar-benar rasa lemah kak " Muslimah pertama berhenti seketika. Menarik nafas panjang. Luahan rasa hati yang ditahannya sejak beberapa lama masih ada yang perlu dihamburkan. Si naqibah pula masih tekun mendengar,sambil tersenyum. Dia tidak ingin mimik muka yang tegang jua mengiringi luahan hati seorang srikandi Islam ini,srikandi yang punya potensi,insyaAllah..





"Dengan situasi saya sebagai pelajar kos yang saya lihat rata-ratanya tak ramai berhajat ke arah kebaikan,kekuatan dalaman saya yang tak seberapa,kawan-kawan terdekat yang tak dapat saya amar ma'ruf,nahi mungkar membuatkan saya jadi sangat lemah. Dah terlalu lama saya tahan rasa ni. Rasa ni membuatkan saya rasa tidak selesa,tidak tenang malah saya hipokrit ! Allahuakbar.akak,bantu saya" setitik dua air mata muslimah pertama menitis. 


Hatinya benar-benar ingin menjadi lebih baik,tetapi dia benar-benar jua merasa lemah. Muslimah pertama merasakan tiada sokongan yang dekat dengannya kerana dia hidup sebagai musafir di negeri orang. Sokongan yang ada,yang dirasakan betul-betul ikhlas yakni daripada dua sahabat baiknya nun jauh di Pantai Barat kedua-duanya.





"adik...adik dengar ye" si naqibah memulakan bicaranya apabila merasakan muslimah pertama sudah selesai mengeluarkan segala rasa hati yang telah lama dipendamnya.
"akak akan jawab satu-satu ye.adik tau tak apa hikmah yang akak nampak dalam masalah adik ni?" tanya si naqibah sambil mengesat titisan air mata yang mengalir di pipi muslimah pertama.

Muslimah pertama mengeleng-geleng kepalanya. Dia menjadi buta kerana terlalu kecewa. Rasa itu membuatkan dia tidak sempat melihat hikmah di sebalik ujian Allah s.w.t ini. Ya,
HIKMAH-Nya !!!



"Yang pertama,tentang pemakaian adik. Adik,islah yang kita nak sampaikan kat saudara-saudara seIslam kita bukan sekadar memberi ceramah,tazkirah je. Penampilan kita juga boleh menarik mereka ke arah yang lebih baik tau. Ini juga merupakan salah satu contoh dan cara untuk menarik hati mereka berubah ke arah yang lebih baik,ke jalan yang betul. 


Mungkin sekarang adik tak nampak impak pemakaian ni kepada sahabat-sahabat adik tapi akak yakin satu hari nanti adik akan tersenyum sendiri melihat perubahan yang akan berlaku. Benda yang baik ni memang ambil masa sikit untuk kita tengok penerimaan dan perubahannya tapi kesan yang kita nampak adalah sesuatu yang kita tak pernah jangka,insyaAllah" Si naqibah mula menuturkan kalimah-kalimah memujuk hati muslimah pertama sekaligus membuatkan muslimah pertama berfikir akan kebenaran kata-kata ini. 


Air mata tidak menitis lagi,fikiran itu mula ligat berfikir memproses kalimah nasihat berbaur pujukan daripada si naqibah. Si naqibah meneruskan kata-katanya.


"Hal kedua tentang persekitaran adik. Akak yakin sangat-sangat adik boleh menangani masalah ini. Akak tau adik punya jiwa yang kuat,sekuat hati Mashitah ketika ingin melemparkan bayinya ke dalam minyak panas menggelegak,insyaAllah.. 


Jika sebelum ni adik yang cepat terpengaruh dengan mereka,apa kata lepas ni adik 'reverse'kan hal tu. Biar adik pula yang memberi pengaruh yang baik kepada mereka. Cuba perlahan-lahan,insyaAllah mustajab. Manusia dilahirkan dengan fitrah,suka kepada kebaikan. Cuma kadang-kadang faktor-faktor lain membuatkan mereka lari dari fitrah tersebut. Cuba bawa mereka tertarik kepada fitrah tu kembali.


Hati manusia ni lembut,kita kena buat secara berhikmah,sabar dan jangan putus asa. Akak nampak potensi dalam diri adik" kata si naqibah sambil tersenyum dan mengusap-usap kepala muslimah pertama. Muslimah pertama mengukir senyuman nipis sambil tertunduk malu. Tiada lagi riak tegang seperti awal-awal tadi. Hatinya rasa terpujuk kembali. 'Aku punya potensi??' fikir muslimah pertama di dalam hatinya


"Hal ketiga tentang kos berlainan. Subhanallah,adik tau apa hikmah terbesar tentang hal ni? Adik dapat 2 ilmu dalam satu masa! adik dapat ilmu daripada kos yang adik belajar sekarang, adik jugak dapat ilmu daripada ceramah,tazkirah,usrah yang adik hadiri. Itu hikmah terbesar yang akak nampak. Adik patut lebih bersyukur tau. Jangan melihat hal ni sebagai satu benda yang negatif,pandang ia dari sudut positif.OPTIMIS.. 


Akak bagi contoh mereka-mereka yang berada dalam kos Bahasa Inggeris dan hati mereka juga sangat suka akan kebaikan. Mereka-mereka ini boleh berdakwah kepada bukan Islam tentang Islam dengan lebih baik berbanding kita-kita yang kurang mahir Bahasa Inggeris.Komunikasi tu antara faktor yang penting dalam dakwah kepada bukan Islam especially to those who used English fully" 


video


Muslimah pertama mengangguk-angguk. Dia mula faham dan berjanji di dalam hati akan berfikiran lebih optimis dalam apa jua hal,insyaAllah !! :)


"adik,semua muslimat nk jadi perempuan solehah. Tapi bukan senang.tambah-tambah lagi kita hidup di zaman yang serba mencabar ni,akhir zaman.. adik pernah dengar tak maksud hadis ni?


  Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”

kita hidup di akhir zaman dan Rasulullah s.a.w sendiri memaksudkan orang yang asing pada akhir zaman adalah orang yang beruntung. Zaman sekarang kalau kita wat benda baik mesti orang akan pandang 'slack'. Kejahatan pulak akan dipandang sebagai perkara biasa. Sekarang,sebagai muslimah yang masih single, taati ibu bapa serta lakukan segala suruhan Allah s.w.t dan tinggalkan segala laranganNya.

 Tapi dik,bila kita dah bergelar zaujah seseorang yakni seorang isteri empat benda asas je kita  kena wat untuk pilih mana-mana pintu syurga yang kita nak masuk iaitu solat lima waktu sehari semalam,berpuasa di bulan Ramdahan,menjaga kehormatan diri serta mentaati suami. Tengok,betapa istimewanya kita sebagai seorang perempuan kan?

Kadang-kadang kalau kita duduk bersama sahabat-sahabat adalah perkara biasa untuk kita bergurau senda,bergelak ketawa,usik mengusik cuma.. ada batasnya. Jangan bergurau sampai dapat mengecilkan hati sahabat kita dan kita sebagai seorang muslimah tak elok dan buruk sangat kalau ketawa berdekah-dekah,tak sopan tau"



Situasi sunyi seketika.Muslimah pertama sedang ligat berfikir manakala si naqibah menunggu reaksi muslimah pertama.Jauh di sudut hati si naqibah berhasrat menamatkan perbincangan kerana bila-bila masa sahaja azan Isyak akan berkumandang. Dia hanya tersenyum dengan lebih lebar lagi sebagai satu 'hint'.

Muslimah pertama tersenyum lebar. Dia punya semangat baru.
"Alhamdulillah kak,saya rasa terpujuk sangat-sangat! Saya kesal kerana berfikiran negatif je sepanjang diuji Allah ni.Astagfirullahalazim.Astaghfirullahalazim.Astaghfirullahalazim.. Allah takkan uji seseorang di luar kemampuan hambaNya kan kak?" nada ceria mula menguasai. Si muslimah pertama kini merasa lega,teramat lega dan bersyukur.Alhamdulillah..

"Benar dik. Dia uji sebab Dia sayangkan kita. tu tandanya Dia bagi perhatian kat kita.bukan ke seronok bila Allah bagi perhatian kat kita? kan2?? tambahan lagi sebenarnya Dia uji sebab Dia nak tengok kita merayu-rayu kat Dia.Dia suka.." si naqibah masih dalam senyuman. satu perilaku yang patut dicontohi. senyum dalam suka dan duka.  *tapi bukan sepanjang masa ye ! ^^


Allahukabar,Allahuakbar.. azan Isyak mula berkumandang.






"haaa.dah azan dah.jum kita solat berjemah kat dalam dik" ajak si naqibah
"jum2 kak! Akak.syukran jiddan ye.Jazakillahu khair.Allah je yang mampu balas jasa akak" kata si muslimat pertama sambil memeluk si naqibah,erat. Si naqibah membalasnya kembali,juga erat
"la syukra 'ala wajib ya ukhtiku sayang"



        =========================================================


Masa berlalu beberapa ketika. Kini muslimah pertama berasa lebih tenang. Dia hanya menjadi diri sendiri dan cuba memberikan contoh yang baik kepada orang sekeliling. Sikap 'gila-gila' yang tidak dapat dilupuskan cuba disesuaikan dengan dirinya sebagai seorang muslimah. Alhamdulillah,dia sangat bersyukur kerana sudah ada beberapa sahabat terdekat semakin berhajat ke arah kebaikan.Mungkin bukan dia faktornya penghijrahan itu kerana semua itu pastinya daripada Allah jua semata tapi sekurang-kurangnya dia tumpang gembira dan sudah punya teman perjuangan demi mardhatillah..


T.A.M.A.T

2 comments:

  1. subhanallah...nice entry..byk iktibar utk diri ini..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.moga bermanfaat utk semua :)

    ReplyDelete