Thursday, April 28, 2011

Kecewa Adalah Lumrah :)

Kenapa bersedih ni,sayang? Kenapa menangis? Menangislah sepuas-puas hatimu jika dengan tangisan itu kau akan berasa lega sedikit. Curahlah air matamu ke bantal kemudian mengadulah kepadaNya tentang punca kesedihamu itu.


Sedih kerana gagal akibat perbuatan sendiri atau sedih kerana kecewa diperlakukan orang sekeliling? Bersabarlah. Itu nasihat pertama saya. Ini kerana setiap kali bersedih ditimpa masalah, semua kawan menasihati saya supaya bersabar. Sabar itu senang disuruh tetapi amat sukar untuk dilakukan, Ia memerlukan komitmen daripada hati yang tabah. Jika tidak, jiwa tidak akan mampu bersabar.


Walaupun sukar,sabar adalah jalan yang paling manis apabila menempuh kesedihan,masalah dan kekecewaan. ANDA HEBAT JIKA MAMPU BERSABAR. Ini kerana orang yang terpilih dan beriman sahaja mampu bersabar walaupun ditimpa dugaan demi dugaan.


Memanglah, apa lagi yang boleh kita lakukan,kan? Kita orang Islam, manusia berpedoman. Jika bersedih kerana musibah, kita menangis dan mengadu. Kemudian, bersabar sambil menunggu jalan penyelesaian yang diredaiNya.


Ingatlah, masalah mesti didepani. Orang yang lari daripada satu masalah akan bertemu masalah yang lain pula. Orang yang takut berhadapan dengan masalah adalah manusia pengecut. Orang yang berani berhadapan dengan masalah, itulah manusia yang berani. Berhadapanlah dengan masalah yang dihadapi itu dengan cara yang betul.


Allah S.W.T memilih setiap hamba yang ingin diuji. Melalui ujian ini, banyak perkara yang boleh dinilai. Dan sebagai orang Islam, ujian adalah momentum untuk berjaya, bukannya gagal atau menyerah kalah. Dalam satu hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Abu Umamah, Allah S.W.T berfirman:


"Wahai malaikat, pergilah kepada hambaKu lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya"

Allah S.W.T mahu kita mengadu kepadaNya tatkala ditimpa musibah, bukannya mencari manusia untuk mengadu. Mengadu kepada manusia ada kalanya akan menjadikan kita lebih tertekan. Jika mengadu kepada Allah S.W.T pula, sudah pasti Dia sentiasa ada untuk mendengar. Walaupun tidak dapat melihat, kita dapat merasakanNya sangat setia menemani kita. Dia akan memberi jalan penyelesaian tanpa kita duga. Dia akan menyapu kesedihan dan air mata kita dengan rahmatNya yang luas meliputi langit dan bumi.



Petikan buku Kerana-MU AKU BERUBAH karya Ruhana Zaki

4 comments:

  1. sangat best !!
    santai je penulisan buku tu :)
    sy syorkan awak beli.hehe ^^

    ReplyDelete
  2. kak yaa ,hee . na copy leeyy ta ?

    ReplyDelete