Wednesday, December 15, 2010

betapa memalukan apabila.....

bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita..
apa yang kita lakukan?

mestinya kita akan sangat berbahagia,memeluk Baginda erat-erat
lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita
kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah s.a.w sudi menginap beberapa hari di rumah kita
Baginda tentu tersenyum...

tapi barangkali kita meminta Rasulullah s.a.w menunggu sebentar di depan pintu
kerana kita teringatkan video CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah
dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam
Baginda tentu tetap tersenyum...

atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang
yang kita pasang di ruang tamu kita
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa
barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping
dan kita meletakkannya di ruang tamu
Baginda tentu tersenyum...

bagaimana bila kemudian Rasulullah s.a.w bersedia menginap di rumah kita?
barangkali kita teringat bahawa anak-anak kita
lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah s.a.w
barangkali kita menjadi malu bahawa
anak-anak kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah s.a.w
kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum...

barangkali kita menjadi malu apabila
anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah s.a.w dan sahabatnya
tetapi hafal di kepala mengenai anggota-anggota Power Rangers dan Kura-kura Ninja
barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat
barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai
untuk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w
Baginda tentu tersenyum...

belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita
belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita
belum lagi koleksi karoeke kita dan anak-anak kita
ke mana harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa
kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi
Baginda tentu tersenyum...

barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan tv
barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi
barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat
barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Quran
barabgkali kita menjadi malu kerana kita tidak kenal tetangga-tetangga kita
Baginda tentu tersenyum...

bayangkan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba muncul di depan rumah kita
apa yang akan kita lakukan?
masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita?
ataukah dengan berat hati kita akan menolak Baginda berkunjung ke rumah
kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu

maafkan kami Ya Rasulullah..
masihkan Baginda tersenyum?
senyum pilu.senyum sedih dan senyum getir...
oh! betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah s.a.w
======================================================
copy.paste then telah diedit.semoga bermanfaat! insyaAllah (^-^)v
credit to: majalah Muslimah edisi Disember 2001



No comments:

Post a Comment