Friday, December 31, 2010

: SAHABAT :

assalamualaikum w.b.t
bersua kembali dalam entri kedua ana.Alhamdulillah
masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T utk bernafas lagi di dunia ini
juga syukur atas nikmat iman dan Islam

entri kali ini bertajuk SAHABAT
hurm.ada apa dengan perkataan sahabat?
kenapa tidak kawan? rakan? teman? saing? 

bagi ana sendiri seorang sahabat lebih berharga daripada 1000 org rakan
kenapa??
salah satu sebabnya adalah
Rasulullah s.a.w sendiri menggelarkan mereka2 yg pernah melihat baginda sbg SAHABAT
menunjukkan betapa SAHABAT2 baginda bertuah kerana sempat melihat baginda
manakala orang2 beriman yang tidak sempat melihat baginda
digelar SAUDARA


satu hadis Rasulullah s.a.w ttg sahabat yg baik : 
seseorang apabila kamu melihatnya,kamu akan teringat kepada Allah S.W.T,apabila kamu mendengar ucapannya,pengetahuanmu tentang Islam bertambah,dan apabila kamu melihat perlakuannya,kamu akan teringat pada hari akhirat,"

inilah sahabat yang terbaik
Subhanallah.sangat beruntung mereka yang dianugerahkan seorang sahabat sedemikian
setiap kali pandang je,automatik kita akan teringatkan Allah
bila dengar je kata2 dia, bertambah ilmu kita tentang Islam
dan dengan melihat pelakuannya spontan hati beristighfar mengingati hari akhirat



selain tu,terdapat beberapa ciri sahabat yang baik.antaranya:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu 

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu 

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu 

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik 

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu,
 dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu    

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya 

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya 

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu 

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu 

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu 

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu 

Jika kamu berdua berselisih faham, 
nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan 

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
 

oleh itu sahabiah sekalian, berhati2 lah memilih rakan
jika kurang baik rakan antum, maka mungkin begitulah antum
tetapi
jika baik rakan antum, insyaAllah baiklah juga antum
tambah bertuah jika rakan yang baik itu menjadi SAHABAT antum. :)



Dalam bersahabat ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi dan penempa besi. Jika berkawan dengan penempa senjata, kita mungkin terkena tempias busuknya besi yang ditempa sebaliknya jika berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan mendapat wanginya.

ingat!!!

   rakan kita adalah cermin bagi diri kita
jika ingin mengenali seseorang itu lihatlah dengan siapa dia bersahabat
soleh/solehah rakan2nya,insyaAllah soleh/solehah dia
langsung tidak rugi jika kita bersahabat dengan mereka2 yg baik
malah bonus untuk kita
lagi bonus kalau sama-sama dpt masuk syurga Ilahi  ^__________^


"bersahabat sampai ke syurga"



mohon maaf andai ada tersilap kata,terkasar bahasa
ana manusia biasa,tidak lari daripada kesilapan
entri ini sekadar luahan idea yg diilhamkanNya

wallahualam.wassalamualaikum w.b.t  ^___^


No comments:

Post a Comment