Sunday, December 12, 2010

Kasih seseorang kerana Allah =)

Kisah ini menceritakan bagaimana seorang pemuda telah bermusafir dari kampungnya ke kampung yang lain yang mana dia tidak mempunyai sebarang hajat ataupun perkara yang menguntungkan selain daripada menziarahi saudaranya yang dikasihi kerana Allah. Kasih kerana Allah merupakan salah satu daripada cabang iman. Rasullah S.A.W telah memberitahu kita bahawasanya sesiapa yang berkasih sayang kerana Allah kan berada di atas mimbar daripada cahaya pada hari qiamat yang mereka berada bersama anbiya', para syuhada' dalam majlis mereka dan begitu hampir kepada Allah.

Hadis riwayat imam Muslim daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Sesungguhnya seorang pemuda telah melawat saudaranya di kampung yang lain, maka Allah telah mengutuskan kepadanya dalam perjalanan malaikat, apabila telah tiba dekatnya, dia(malaikat) telah bertanya: Ke mana engkau mahu tuju? Dia menjawab. saya mahu jumpa saudaraku di kampung ini. Dia(malaikat) bertanya: Adakah bagi engkau atasnya sesuatu nikmat yang mana engkau menjaganya? Dia menjawab: Tidak! selain daripada saya mengasihinya kerana Allah. Dia(malaikat) memberitahu : Maka sesungguhnya saya adalah utusan Allah kepada engkau dengan sesungguhnya Allah begitu mengasihi engkau sebagaimana engkau begitu mengasihinya(saudaramu).
 

Allah telah mengutuskan malaikat kepada pemuda tadi yang mana berupa manusia untuk bertanya mengenai tujuan dan hajatnya. Dia telah menerangkan mengenai hajat dan tujuan sebenar dia melawat saudaranya. Setelah mendengar jawapannya yang mana tujuan sebenar dia bermusafir adalah untuk melawat saudaranya kerana begitu mengasihinya kerana Allah bukannya kerana dia mempunyai kepentingan atau pun hajat dengannya, maka malaikat memberitahunya bahawa Allah mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya. Sesiapa yang dikasihi oleh Allah kan hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Pengajaran

1. Kelebihan bagi mereka yang kasih kerana Allah dan menziarahi keranaNya. Allah mengasihi pemuda itu kerana kasihnya kepada saudaranya, perjalanannya ke rumah saudaranya dan lawatannya.

2. Islam menggalakkan kita bermusafir untuk menziarahi saudara mara kerana Allah.

3. Kadang-kadang Allah mengutuskan malaikat kepada sebahagian hambaNya untuk menyampaikan kepada mereka beberapa perkara. Ini bukanlah bermakna bahawa mereka yang mana Allah mengutuskan malaikat kepada mereka itu merupakan nabi atau pun rasul.

4. Kemampuan malaikat dengan izin Allah untuk menyerupai manusia sebagaimana dalam kisah ini.

5. Kelebihan ikhlas yang mana pemuda itu mencapai apa yang dicitanya iaitu kasih kerana Allah bukannya kerana sesuatu yang berharga ataupun kepentingan antara mereka.





Rujukan:
1. Qisas An-nabawi karangan profesor Umar Al-Ashqar

=========================================================
*copy.paste then telah diedit.semoga bermanfaat! insyaAllah  (^-^)

No comments:

Post a Comment