Sunday, December 12, 2010

adab solat Muslimah~ PENTING!!!

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, dicadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap yang Esa. 2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat...sewaktu kita

berdiri tegak sebelum lafaz niat :

Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba2Nya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

1)
Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. dengan meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cupingtelinga
ii. dengan meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke parasdada.(bukan telinga)
.


!! Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2an di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2)
Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati
badan. 


3)
Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat

4)
Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu" 

5)
Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan. jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat

6)
Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
 

7)
Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun,bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua2 tangan

8)
Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH")


!!
Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam


9)
Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.

!! 
Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10)
Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa. 

Seterusnya kain yang digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yang tertentu.



 Antaranya:

1)
Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
 

2) kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan
stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yang tebal (dicadangkan stoking yang lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada
kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yang rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dengan serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. 


!! Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik.Walaupun kadang-kadang terasa panas ketika solat perlu digagahkan juga.yang penting, seboleh2nya cuba untuk dapatkan solat yang diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, masih merangkak. yang penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita untuk akhirat, jadi biarlah berbaloi. jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak sempurna. 


Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'. 


Sekian saja yang dapat dikongsi bersama. Sekira2 ada salah silap, harap dimaafkan. Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari diri sendiri. Wassalam. 


Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat" 


*copy.paste then tlh diedit.semoga bermanfaat! insyaAllah  (^-^)

1 comment:

  1. yup.sgt3 btol. tp, niat tu bkn ke ape yg terlintas di hati kita? so, tak perlu sgt yg niat berlafaz tu. saya sudah folow. npk tak? hihi. folow saye ok? http://atmaanaqisya.blogspot.com

    ReplyDelete